Oleh pada 07 Sep 2017 kategori

Memandu di Malaysia bukanlah satu pengalaman yang menenangkan. Ada pelbagai ragam orang kita yang membuatkan memandu jadi satu perkara yang cukup dibenci majoriti rakyat kita, namun terpaksa dilakukan kerana terpaksa. Berikut adalah 5 mitos yang kita pegang sehingga sekarang yang membuatkan memandu di negara kita, adalah pengalaman yang cukup mengundang derita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. "Lorong kecemasan adalah lorong motor."

kereta memotong di laluan kecemasan

Pasti ramai yang terkejut tentang ini. Ya memang tak dinafikan banyak kekeliruan timbul akibat kekeliruan di antara penguatkuasa undang-undang. Sebenarnya, memang dalam akta pengangkutan jalan ada termaktub motorsikal tidak sepatutnya menggunakan lorong kecemasan dan jika berlaku, boleh menyebabkan saman dikeluarkan pada pesalah.

2. "Lorong tengah adalah lorong memandu santai."

jalan raya lebuhraya malaysia

Kita tahu lorong kiri adalah lorong paling perlahan cuma bila lori berada di lorong tersebut, ramai pemandu kereta menjadikan lorong tengah khasnya di lebuhraya sebagai lorong paling perlahan yang menyebabkan trafik tersangkut-sangkut. Harap maaf, jika anda ingin memandu perlahan, anda perlu beratur di belakang lori dan bukannya berada di lorong tengah.

3. "Tali pinggang adalah hiasan kereta dan aksesori tambahan."

tali pinggang keledar

Kita semua tahu tali pinggang keledar adalah satu peralatan yang wajib digunakan. Bukan kerana undang-undang kata, tetapi kerana ia adalah satu-satunya alat yang akan mengentikan kita daripada tercampak keluar akibat impak kemalangan. Bagus juga sebenarnya bila sistem kereta sekarang akan memainkan bunyi yang annoying untuk mengingatkan pemandu memakai tali pinggang.

4. "Motorsikal berkonvoi kenalah berjalan seiringan. Baru konvoi!"

konvoi superbike motor besar

Di Australia misalnya, dibenarkan motorsikal berjalan seiringan dengan had dua biji motor dengan jarak tidak melebihi 1.5 meter antara kedua-duanya. Sementara di negara kita pula, konvoi motor kadangkala boleh melibatkan 3 biji motor berjalan seiringan sambil bergelak ketawa pada kelajuan 110km/j.

5. "Had laju bas ekspress di lebuhraya adalah 110km/j."

had laju bas

Ramai tidak sedar sebenarnya had laju bas ekspress di lebuhraya adalah 90km/j tetapi seolah dah jadi pemandangan biasa pula bas memecut pantas melebihi kereta. Diharapkan masalah ini selesai pada tahun 2020 nanti apabila semua bas diwajibkan mempunyai pengehad kelajuan dipasang.

6. "Memotong boleh dilakukan di mana-mana lorong"

papan tanda memotong

Ramai yang kurang jelas tentang perkara ini, kan? Jika anda hendak memotong, anda hendaklah menggunakan lorong di kanan anda. Tidak ada kelayakan istimewa diberikan kepada anda untuk memotong di laluan sebelah kiri hanya kerana anda merasakan pemandu di depan anda lembap ketika berada di lorong paling kanan sekali. Bahaya memotong bukan di lorong kanan anda ni sebenarnya.

7. "High beam adalah tanda untuk orang mengosongkan jalan bagi anda lalu."

lampu suluh tinggi highbeam

Sebenarnya, jika anda sudahpun berada di lorong paling kanan sekali pada kelajuan 110km/j, itu adalah kelajuan maksima untuk semua pemandu dan ini akan membuatkan semua pemandu memandu dalam jarak serta kelajuan yang sama, yang akan melancarkan trafik. Begitupun, pasti ada makhluk-makhluk yang mahu orang lain dengan pantas mengosongkan jalan supaya dia selesa memandu dan marah jika kereta di depan tidak mengosongkan jalan untuk Tuan Seri Paduka Baginda Raja di-Jalan Raya Abah Saya Punya Jalan nak lalu.

8. "Lampu isyarat atau signal dipasang untuk memastikan kereta nampak lebih cantik dengan warna kuning."

bagi signal

Ini mitos paling ramai percaya. Kita semua tahu apa guna lampu isyarat yang perlu diberikan setiap kali kita ingin membelok atau menukar lorong. Gunakanlah. Bukan susah pun.


Bagaimana? Daripada 8 yang disenaraikan, ada tak yang anda masih lagi berpegang teguh kepadanya? Memandu boleh jadi sesuatu yang menenangkan dan mendamaikan sebenarnya.

Memandu dengan lancar tanpa perkara-perkara yang mampu menaikkan darah mampu membuatkan kita seronok berulang alik jadi apakata mulai hari ini, saat ini, kita amalkan etika pemanduan yang menyenangkan orang lain, kerana dengan menyenangkan orang lain, besar kemungkinan orang lain pun akan memudahkan pemanduan kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)