Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

netizen berang neelofa lancar tudung di pusat hiburan

Kredit foto: Sinar Harian

Aktres dan hos Neelofa sekali lagi mencetus ribut di media sosial kerana mengadakan majlis pelancaran koleksi terbaru tudungnya, BeLofa di sebuah kelab hiburan terkenal di ibu kota.

Bukan sahaja dikatakan tidak wajar kerana imej muslimah yang dibawa, malah dianggap tidak patut apabila produk tudung dilancarkan di tempat sedemikian.

Laman sosial dipenuhi dengan kata-kata kecaman netizen yang jelas terkesan dengan sensasi baru yang ditimbulkan usahawan muda itu.

Begitupun, Neelofa yang juga meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di tempat sama, akui ada alasan tertentu memilih lokasi terbabit.

“Saya buat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai kerana apa yang lebih penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi ini dipilih kerana bersuaian dengan tema berbanding beberapa tempat lain yang disenarai pendek," katanya.

Apatah lagi Neelofa berkata, dia turut mengambil kira faktor kos yang bersesuaian dengan tema.

“Lagi pun kalau pilih tempat lain, saya perlu mengeluarkan wang lapan kali ganda untuk memenuhi kehendak tema,” jelasnya.

Dalam pada itu, pengacara MeleTOP ini memanjatkan kesyukuran kerana majlis yang juga mengundang ibu dan adik-beradiknya itu selesai sebagaimana yang dirancangkan.

netizen berang neelofa lancar tudung di pusat hiburan 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)