iluminasi barrack obama ivy league kerajaan malaysia pelajar ipta7

Nama Cassandra Hsiao tiba-tiba meletup setelah beliau berjaya untuk menyertai 8 buah tempat pengajian bertahap Ivy League yang berprestij di Amerika Syarikat. Kejayaan beliau itu turut dikongsi bersama oleh ribuan (mungkin jutaan) rakyat Malaysia kerana dikhabarkan, Cassandra Hsiao berasal dari Malaysia.

iluminasi barrack obama ivy league kerajaan malaysia pelajar ipta

Walaupun tidak ada negatifnya mengambil pandangan sedemikian, tetapi terlintas juga kenapa perkara itu berlaku sedangkan faktanya, penglibatan Malaysia dalam membentuk Cassandra Hsiao adalah dalam bentuk yang sangat minimal. Beliau tidak pernah belajar dalam sistem di negara kita, beliau juga tidak membesar di Malaysia dan beliau bukanlah warganegara Malaysia, dia seorang warganegara Amerika Syarikat.

Satu-satunya sebab dia menjadi bualan ramai, adalah kerana dia lahir di Malaysia. Adakah itu sahaja sudah cukup untuk mengaitkan kejayaan beliau dengan masyarakat Malaysia?

Kita boleh lihat perkara ini banyak kali berlaku di mana masyarakat kita gemar berbicara dan mengaitkan Malaysia dalam bermacam perihal dunia. Antara kisah yang berlaku adalah apabila ramai yang seronok bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mempunyai abang ipar yang keluarganya masih lagi menetap di Malaysia.

Apa matematiknya di situ? "Abang Ipar Barrack Obama + Keluarga di Malaysia + Presiden USA + Malaysia = Hebat."

Adakah begitu mudah masyarakat kita terpengaruh dengan elemen yang selalunya bukanlah sesuatu yang besar, tetapi dibesarkan seolah ia sepatutnya jadi sesuatu yang besar? Jika sekali dua berlaku, tidak mengapa, mungkin kerana fenomena ganjil tetapi apabila perkara membesarkan sesuatu hanya kerana ia sedikit terkait dengan Malaysia kerap berlaku, itu membuktikan ada kekeliruan dalam masyarakat kita dalam meneliti sesuatu isu.

iluminasi barrack obama ivy league kerajaan malaysia pelajar ipta3

Selain kisah Abang Ipar Barrack Obama, kita juga terpesona dengan kisah pemenang Australian Idol, Guy Sebastian seorang rakyat Australia yang lahir di Malaysia, pemain bolasepak Liga Perdana Inggeris bernama Shawn Maloney, rakyat Scotland yang lahir di Malaysia ataupun kisah isteri Andy Lau, seorang rakyat Malaysia. Terlalu minima pengaruh sebuah negara bernama Malaysia dalam mencipta kejayaan mereka tetapi segelintir masyarakat seolah terlalu mudah khayal dan menganggap itu adalah sesuatu yang besar.

Perkara ini kelihatan tidaklah memberi pengaruh besar. Walaupun begitu, kewujudan sesetengah pihak yang akan memainkan sentimen serta emosi masyarakat supaya memandang semua perkara di atas, sebagai bukti yang jalan untuk berjaya adalah dengan keluar melarikan diri dari Malaysia, ini mampu membuatkan semangat orang ramai yang merasakan mereka seolah "terjerat" di tanah air sendiri membiak. Lalu dipersalahkan sistem pendidikan yang dikata melahirkan pelajar tidak kompeten atau faktor ekonomi yang dikata tidak mahu menggalakkan inovasi.

Ini akan membuatkan faktor kebencian di kalangan masyarakat yang seterusnya akan merencatkan pelbagai usaha kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha mereka menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing yang mempunyai kepakaran bertaraf dunia.

Masyarakat perlu dididik supaya sanggup sedia berkorban demi masa depan negara kerana tanpa pengorbanan, semua usaha kita tidak akan membuahkan hasil. Dalam dunia yang mempunyai persaingan yang sangat tinggi, jika negara mengalami kehilangan kepakaran yang sepatutnya dapat menyumbang dalam negara, ini akan memperlahankan tempo pembangunan negara kita.

Jika diteliti, kesemua individu yang berjaya, tidak kiralah dalam bidang pendidikan, pekerjaan atau sukan misalnya, kebanyakannya mempunyai sokongan satu faktor pemangkin positif yang sama; keluarga yang peduli dan memahami.

Bangunkan asas itu dulu. Pembangunan masyarakat bukanlah sesuatu yang dapat dilakukan dengan mudah, ia mungkin akan memerlukan pengorbanan dari satu generasi ke satu generasi masyarakat supaya generasi akan datang akan ada platform kukuh untuk terus berjaya.

iluminasi barrack obama ivy league kerajaan malaysia pelajar ipta6

Jika adik-adik ada peluang ke luar negara, pergilah belajar. Untuk yang belajar menggunakan biasiswa kerajaan, belajarlah betul-betul dan penuhi amanah orang ramai yang diletakkan di bahu adik. Kemudian pulanglah ke Malaysia, kongsikan ilmu dan bidang kepakaran yang telah diperolehi untuk faedah masa depan kita semua.

Harapnya pada ketika itu, tak berlaku lagilah apabila individu bukan rakyat Malaysia capai kejayaan, kita pula yang rasa bangga kerana pakcik dia kepada nenek kepada ipar kepada sepupu dia punya adik, adalah orang Malaysia.


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)