Sejak kebelakangan ini,aktiviti berlari dan hiking menjadi pilihan golongan remaja untuk beriadah dan meluangkan masa lapang. Maka tidak hairanlah Bukit Broga yang dahulunya sepi kini sesak dengan orang ramai terutamanya pada waktu pagi untuk menyaksikan fenomena terbitnya matahari.

Selain itu, dengan pertambahan bilangan pengunjung ke situ, pemilik ladang kelapa sawit berdekatan sudah mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran tempat letak kereta. Terdapat juga laporan mendakwa terdapat laluan dimana pengunjung perlu membayarnya untuk ke puncak Bukit Broga.

Sekiranya anda masih berkira-kira mahu memulakan aktviti hiking, berikut merupakan beberapa kebaikan daripada aktiviti hiking ini yang diperolehi berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengurangkan Pemikiran Negatif

Selain ketenangan yang diperohi dengan pemandangan kehijauan alam sekitar, aktiviti hiking ini bagus untuk otak dimana ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah selalu berfikiran negatif. Kecenderungan berfikiran negatif inilah yang biasanya menyebabkan seseorang itu mengalami depresi dalam hidup.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan, para pengkaji telah membandingkan dua kumpulan yang menyertai aktiviti hiking ini dalam dua kawasan yang berbeza – satu di kawasan bandar manakala satu lagi di kawasan semulajadi. Hasil kajian ini menunjukkan mereka yang meluangkan masa di kawasan alam semulajadi dapat mengurangkan pergerakan saraf (neural activity) di bahagian subgenual prefrontal cortex, bahagian otak yang biasanya dikaitkan dengan masalah mental.

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

bukit keluang besut

Aktiviti hiking biasanya akan mengurangkan pendedahan dan kebergantungan kita pada teknologi, seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif. Dalam satu kajian oleh pakar psikologi Ruth Ann Atchley dan David L. Strayer menemui bahawa kemahiran berfikir seorang kreatif seseorang itu untuk menyelesaikan sesuatu masalah meningkat apabila tidak menggunakan sebarang alatan teknologi dan banyak melakukan aktiviti yang melibatkan pendadahan terhadap alam sekitar.

Hasil kajian ini mendapati alatan teknologi dan bunyi bising dibandar sebenarnya mengganggu dan menghalang manusia untuk lebih fokus dan berfikiran kreatif.

Bagus Untuk Kesihatan Tubuh Badan

aktiviti trekking

Aktiviti hiking adalah antara aktiviti yang bagus untuk membakar kalori dengan pantas, kira-kira 400 hingga 700 kalori setiap jam bergantung pada jarak dan kesukaran aktiviti tersebut. Aktiviti ini juga sesuai untuk semua orang dengan pelbagai jenis dan bentuk saiz badan terutamanya yang berbadan besar jika dibandingkan dengan aktiviti sukan lain seperti berlari.

Sekumpulan pengkaji daripada University of British Columbia mendapati aktiviti hiking yang melibatkan latihan aerobic dapat mengurangkan masalah hilang memori ingatan terutamanya pada wanita yang berumur 70 tahun ke atas. Selain itu, aktiviti hiking terbukti dapat mengurangkan stress dan meningkatkan keyakinan diri.

Sekiranya anda ingin mula menceburi bidang ini, sebaik-baiknya cari kawan-kawan yang biasa melakukan aktiviti ini. Bermula dari bukit yang paling mudah, kemudian apabila sudah makin selasa bolehlah perlahan-lahan tingkantkan kesukaran aktiviti hiking anda untuk lebih keriangan dan cabaran!

Kredit:

  1. Plos.org
  2. Bmj.com
  3. Collective Generation



Hakcipta iluminasi.com (2017)