Di Ghats Barat berdekatan dengan Mumbai, di ketinggian 701 meter dari paras laut terletaknya kubu paling berbahaya di dunia, iaitu Kalavantin Durg.

Tak banyak yang diketahui mengenai kubu ini, namun ia dipercayai bahawa kubu ini diberikan nama "Kubu Muranjan". Namun, lagenda lain mengatakan bahawa ia dibina bagi memberi penghormatan kepada seorang Ratu Kalavantin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kemudian, nama Kalavantin ini digugurkan dibawah pemerintahan Chatrapati Shivaji.

Menawarkan pemandangan yang tersangat indah dan kecantikan alam semula jadi yang melimpah melalui bentuk muka bumi yang lasak tangga batu yang sempit, lereng curam dan tiada apa-apa binaan sokongan, perjalanan ke dan balik dari kubu ini tersangat lah berbahaya namun menyeronokkan dan mendebarkan.

kalamantin durg kubu paling berbahaya di dunia 3

Kubu Kalavantin terkenal sebagai "Pendakian ke Syurga" disebabkan oleh sifatnya yang berbahaya dan pemandangan dari sudut mata burung yang menanti di puncaknya.

Daripada titik bawah di perkampungan Thakurwadi ke Kalavantin Drug dan Kubu Prabalgad, terk ini mengambil masa lebih daripada 3 jam dan boleh diakses menggunakan tangga zigzag yang diukit ke tepi pergunungan berbatu, tanpa apa-apa tali atau alatan keselamatan.

Kemudiannya jejak ini menjadi semakin curam dan boleh menyebabkan pendaki menjadi pening ketika perjalanan ke atas, namun ia tidak menjejaskan mereka yang mengejar keghairahan mendaki kubu bahaya ini.

jejak kalavantin durg yang sangat curam dan sempit 2

jejak kalavantin durg yang sangat curam dan sempit

Mereka yang mudah pening disarankan supaya tidak mengikuti pendakian ini.

Ketika mendaki, pemandangan yang mampu membuat ramai orang ternganga dirasakan berbaloi dengan penat yang dirasai. Dari ini, anda boleh melihat beberapa air terjun kecil di bahagian selatan Kalavantin Durg.

Trek ini dipenuhi dengan gerai teh dan makanan ringan, diikuti dengan titik seterusnya yang menyediakan hidangan sarapan di dataran rendah Prabalmachi, pada ketinggian 390 meter di atas paras laut.

Ia merupakan lokasi untuk berehat sebelum meneruskan pendakian ke atas. Pendaki-pendaki biasanya mengambil peluang untuk bergambar di lokasi ini.

pendaki harus menggunakan tangan untuk mendaki 758

kalavantin dug terletak di india

Dan bermula dari titik ini, perjalanan adalah tersangat curam dan berbahaya. Jika hujan, ia akan menambahkan lagi risiko kerana permukaan menjadi licin dan memerlukan pendaki untuk berpaut pada batu-batu dan akar-akar pokok dibahagian tepi.

Pada satu tahap, pendaki terpaksa mendaki dengan menggunakan keempat-empat kaki dan tangan untuk melangkau lereng curam dan melepasi batu-batu.

Setelah beberapa jam menghabiskan tenaga memanjat kubu ini, akhirnya para pendaki dihadiahkan dengan pemandangan yang tidak dapat digambarkan, di puncak Kalavantin Durg.

pemandangan dari puncak kalavantin durg yang sangat indah 777

pemandangan dari puncak kalavantin durg yang sangat indah 2

Dari puncak ini, anda dapat melihat keindahan Ghats Barat, Prabalgad, Peb, Irshalgad dan Kubu Chander serta panorama Matheran dan kota Mumbai.

Namun, jangan tersilap. Cabaran utama trek Kalavantin Durg adalah perjalan untuk menuruni kubu ini, yang dipenuhi dengan batu-batu besar dan bentuk muka bumi yang licin.

cabaran utama adalah menuruni kalavantin durg

cabaran utama adalah menuruni kalavantin durg 2

individu mudah pening disarankan tidak mendaki kalavantin durg

Ketika menuruni kubu ini, biasanya pendaki akan menggunakan jejak yang sempit menuju ke Kubu Prabalgad, satu lagi lokasi yang harus dilawati yang mana hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai.

Cerun menuruni kubu ini sangat rumit, curam dan berbatu. Jadi, anda disarankan untuk membawa mereka yang berpengalaman.

Walaupun tiada kehadiran manusian, kawasan ini dihuni oleh populasi ular yang agak tinggi. 

Penurunan dari Kubu Prabalgad ke kampung Thakurwadi menggunakan trek berlainan iaitu melalui hutan. Jejak ini adalah lebih mudah namun sangat menarik sama seperti pendakian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)