Apabila pasukan pertama di dunia sampai ke puncak Gunung Everest, nama Sir Edmund Hillary menjadi sangat terkenal. Namun ramai yang terlupa tentang rakan beliau, seorang Sherpa bernama Tenzing Norgay.

Untuk beberapa dekad kemudian, orang Sherpa berkhidmat sebagai pembantu bagi para pendaki mendaki gunung tersebut. Ia diikuti dengan pengabaian terhadap orang tempatan dan juga banyak salah tanggap muncul.

Ini sangat menyedihkan kerana budaya Nepal ini sangat menarik. Orang Sherpa adalah orang nomad yang mula-mula menetap di Daerah Solukhumbu (Khumbu), Nepal.

Mereka sangat rajin malah mereka memenangi anugerah daripada National Geographic serta mencatatkan beberapa rekod pendakian terbaik di dunia.

Sherpa juga mempunyai genetik yang unik yang melengkapkan kepakaran mereka sebagai pendaki gunung.

iluminasi.com kongsikan 6 fakta menarik tentang Sherpa yang ramai tak tahu.

6. "Sherpa" bukan bermaksud "jurupandu gunung"

jurupandu gunung sherpa

Selepas Sir Edmund Hillary, media memulakan tanggapan salah bahawa "Sherpa" menggambarkan pemandu tempatan.

Hakikatnya, perkataan Sherpa membawa maksud "Orang Timur". Malah, majoriti daripada mereka menetap di timur Nepal, lokasi terletaknya Gunung Everest.

Sherpa juga merupakan kumpulan etnik purba yang mana nenek moyang mereka telah tinggal di rantau ini selama ribuan tahun.

Banci tahun 2011 menunjukkan bahawa terdapat hampir 313,000 Sherpa tinggal di Nepal. Apa yang aneh adalah bukan semua daripada mereka pendaki gunung yang terkenal.

Sebelum orang asing mula mendaki Gunung Everest, Sherpa tidak pernah mendaki tebing Everest.

Gunung itu adalah tempat suci iaitu sesuatu yang masih digambarkan dalam nama tempatan hari ini.

Nama lain bagi Everest iaitu "Jomolungma" bermaksud "Ibu Suci."

Sherpa bekerja sebagai petani, pengembala lembu nomad dan penenun. Mereka juga berdagang garam Himalaya merah jambu yang kini terkenal di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, pada awal tahun 1900-an, Sherpa merasai pendapatan yang lumayan sebagai jurupandu dan menyukainya.

5. Mengutip sampah dan mayat

sampah sarap dan mayat di gunung everest

Walaupun ramai di antara kita tidak pernah sampai ke puncak Gunung Everest, namun kita tahu ia menawarkan pemandangan yang sangat menakjubkan dan pemandangan alam semula jadi yang segar.

Namun apabila pendaki melihat ke bawah dan di sekeliling kaki mereka, mereka melihat sesuatu yang sangat berbeza.

Tanahnya dipenuhi dengan sampah, peralatan mendaki yang rosak dan najis manusia. Selama bertahun-tahun, 300 orang telah mati di cerun menakutkan ini, jadi peluang untuk menemui mayat sentiasa ada.

Situasi ini sangat memalukan bagi kerajaan Nepal, yang banyak bergantung pada hasil yang dijana oleh permit mendaki. Sekali-sekala, usaha pembersihan sampah dan mayat dijalankan.

Usaha pada tahun 2019 menggunakan khidmat 20 Sherpa untuk mengumpul sampah dan membawa sampah ke kilang kitar semula.

Dari hanya beberapa tapak perkhemahan, mereka mengumpul 11 tan hanya pada bulan April dan Mei 2019.

Tahun itu juga merupakan salah satu musim yang paling dahsyat di mana 11 pendaki terbunuh dalam beberapa insiden berbeza. Apabila Sherpa yang terlibat menemui 4 mayat, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu identiti mayat atau bila mereka meninggal dunia.

4. Memiliki kelebihan genetik

kelebihan genetik orang sherpa

Apabila para penjelajah mula-mula menggunakan khidmat Sherpa, mereka menyedari sesuatu yang berbeza.

Udara sejuk di kawasan altitud yang tinggi menyebabkan pengunjung letih atau sakit, malah ada yang mati. Namun jurupandu gunung dari kalangan Sherpa tetap bertahan mendaki tanpa keletihan.

Pada tahun 2017, kelebihan ini muncul dengan cara yang menarik. Kilian Jornet, seorang pelari ultra elit, berlumba ke arah puncak Gunung Everest tanpa menggunakan tali atau oksigen tambahan.

Kebanyakan pendaki biasanya memerlukan empat hari dan botol oksigen untuk mencapai kejayaan ini, namun Kilian melakukannya dalam tempoh 26 jam sahaja.

Sebelum ini, seorang lelaki bernama Kazi Sherpa telah berjaya melakukannya dalam masa 20 jam.

Pada tahun 2017, penyelidik juga mendapati bahawa pemilihan semula jadi merupakan sebab utama kehebatan Sherpa dalam persekitaran rendah oksigen.

Selama beribu-ribu tahun, komuniti gunung ini hidup dengan jumlah oksigen yang sedikit. Tubuh badan mereka menyesuaikan diri dengan cara yang luar biasa.

Untuk menghasilkan tenaga, badan biasanya membakar lemak namun proses ini memerlukan banyak oksigen.

Badan orang Sherpa yang cekap membakar gula iaitu alternatif rendah oksigen.

Pendaki asing juga kehabisan phosphocreatine, sebatian yang menyokong kekuatan otot. Jumlah fosfokreatin dalam orang Sherpa sama ada meningkat atau kekal, namun ia jarang berkurang.

nimsdai purja pendaki gunung

(Nirmal "Nims" Purja)

Nirmal Purja mencipta rekod sebagai manusia terpantas sampai ke semua 14 puncak gunung melebihi 8,000 meter, dengan catatan 6 bulan 6 hari, dengan bantuan oksigen botol.

Ekspedisi yang diberi nama "Project Possible" ini didokumentarikan dalam siri Netflix bertajuk "14 Peaks".

Beliau juga merupakan orang pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest (8,848 meter), Gunung Lhotse (8,516 meter) dan Gunung Makalu (8,463 meter) dalam tempoh 48 jam.

3. Inginkan pekerjaan lain untuk anak-anak

kanak kanak sherpa

Kebanyakan jurupandu gunung bekerja di Gunung Everest kerana mereka belajar perdagangan daripada keluarga.

Mereka biasanya tidak mempunyai pendidikan untuk melakukan pekerjaan lain. Walaupun sesetengah daripada mereka lebih suka kerja yang lebih selamat, menjadi jurupandu adalah salah satu jawatan dengan gaji tertinggi di Nepal.

Pekerjaan ini dapat membawa mereka keluar dari kehidupan miskin dan menyediakan cara untuk mendidik anak-anak mereka supaya generasi akan datang dapat memecahkan kitaran ini.

Satu lagi sebab mengapa orang Sherpa mahu anak-anak mereka memilih kerjaya yang berbeza ialah cara orang asing melayan mereka.

iklan

sherpa malim gunung everest nepal himalaya

Kebanyakan pendaki Barat tidak mampu sampai ke puncak dengan sendiri dan mereka memerlukan kepakaran Sherpa.

Terlalu ramai daripada pendaki yang datang adalah pendaki yang teruk, membuatkan tugas jurupandu gunung menjadi sukar untuk memastikan ekspedisi itu selamat.

Lebih teruk, selepas beberapa pendaki berjaya dan menceritakan kisah itu, mereka tidak pernah mengakui kerja keras dan risiko yang hanya ditanggung oleh Sherpa.

2. Pekerjaan mereka lebih teruk daripada berperang

orang sherpa inginkan pekerjaan lain 436

Mungkin kenyataan ini agak keterlaluan kerana peperangan melibatkan keganasan dan tembakan di sana sini.

Sherpa membawa beban dan menyediakan jalan ke hadapan untuk pelanggan mereka dan tiada siapa yang menembak mereka.

Namun alam semula jadi adalah "makhluk" berbahaya terutamanya di atas gunung. Sesiapa sahaja boleh terbinasa disebabkan ribut, runtuhan salji, dan jatuh.

Kesusahan Sherpa terbongkar apabila majalah Outside cuba mencari kerjaya paling berbahaya di dunia.

Analisis yang dilakukan majalah ini mengira jumlah kematian setiap 100,000 pekerja.

Purata kematian dalam kalangan pelombong adalah 25, kematian tentera Amerika Syarikat di Iraq sekitar 335 orang, manakala jurupandu Gunung Everest adalah seramai 1,332 kematian.

Walau bagaimanapun, jumlah Sherpa yang terbunuh sebenarnya tidaklah melebihi 1,000 sebenarnya, sebaliknya jumlah sebenar adalah sekitar 94 kematian.

Perkadaran 94 kematian ini menjadi 1,332 jika secara teori terdapat 100,000 jurupandu gunung Everest.

Sehingga 2018, jumlah 94 kematian ini mewakili satu pertiga daripada kematian di Gunung Everest.

Kadar kematian ini menjadikan menjadi jurupandu gunung Sherpa sebagai salah satu pekerjaan yang paling berbahaya di dunia.

1. Tragedi Ladang Popcorn

ladang popcorn everest

Setiap tahun, sekitar 300 pendaki akan melalui laluan Southeast Ridge.

Laluan ini mempunyai sejarah di mana ia telah dipelopori oleh Sir Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing Norgay.

Di sepanjang jalan terdapat tempat yang dipanggil "ladang popcorn."

Dinamakan bersempena bongkah ais yang besar, ia merupakan salah satu tempat paling berbahaya di Everest.

Sesetengah pendaki merasakan ia adalah tempat paling maut di dunia dalam sukan mereka.

lokasi tragedi ladang popcorn everest

(Lokasi tragedi)

Lokasi tersebut seperti lebuh raya bagi runtuhan salji di mana ia berlaku dengan begitu kerap pada siang hari.

Mereka yang ingin menyeberanginya mesti berbuat demikian pada waktu malam apabila keadaan ais lebih stabil.

Pada tahun 2014, satu tragedi mengerikan berlaku di mana runtuhan salji memerangkap para jurupandu Sherpa dalam "ladang popcorn" ini. 

Mereka tidak dapat bersembunyi atau melarikan diri. Apabila runtuhan salji berhenti, 13 Sherpa didapati terkorban.

Tragedi ini merupakan hari terburuk dalam sejarah pendakian gunung Everest.

Rujukan:

1. Guardian

2. National Geographic

3. Verses

4. Britannica




Hakcipta iluminasi.com (2017)