Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Gambar Fail / Astro Awani

 

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), filem ‘Padmaavat’ tidak diizinkan ditayangkan di Malaysia disebabkan mengandungi elemen menyentuh sensitiviti agama Islam.

Menerusi sebuah kenyataan kelmarin, KDN memberitahu bahawa Lembaga Penapis Filem (LPF) telah memutuskan tidak meluluskan tayangan filem ‘Padmaavat’ atas sebab jalan cerita filem itu mewujudkan tanggapan negatif terhadap agama Islam.

Keputusan LPF itu juga diteruskan oleh Jawatankuasa Rayuan Filem (JKRF) yang bersidang pada 30 Januari lalu.

Ianya susulan rayuan yang dibuat syarikat pengedar filem itu bagi menimbal semula keputusan tapisan filem berkenaan.

Namun, JKRF memutuskan untuk meneruskan keputusan LPF iaitu tidak mengizinkan tayangan filem Padmaavat di Malaysia (Tidak Lulus Untuk Tayangan - TUT). - Bernama

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)