Oleh pada 01 May 2018 kategori

Kredit foto: destructoid.com

Filem Avengers: Infinity War berjaya mengumpul kutipan AS$630 juta (RM2.4 bilion) sekaligus memecahkan rekod kutipan tayangan minggu pertama.

Menurut laporan portal, angka kutipan itu tidak termasuk kutipan di China, negara dengan jumlah penonton paling tinggi di dunia kerana masih belum memulakan tayangan filem terbitan Marvel Studios itu.

Rentetan itu, karya paling dinantikan ini menjadi filem paling laris dalam minggu pembukaan, menewaskan The Fate of the Furious yang memungut AS$530 juta (RM2 bilion) ketika ditayangkan tahun lalu.

inilah rekod kutipan luar biasa filem avengers infinity war pada minggu pertama tayangan 2

Kredit foto: polygon.com

Bahkan, Infinity War turut menjadi filem dengan kutipan pembukaan paling tinggi di Amerika Utara dengan mencatat AS$250 juta (RM979 juta), melawan rekod Star Wars: The Force Awakens yang sebelum ini meraih AS$248 (RM972 juta).

Avengers: Infinity Wa merupakan siri ketiga Avengers dan filem ke-19 dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).




Hakcipta iluminasi.com (2017)