Oleh pada 02 Sep 2017 kategori

Semua tahu bagaimana semut membina rumah di dalam tanah. Semut-semut akan mengorek tanah dengan mengangkut satu demi satu ketulan tanah atau pasir menjadi lorong-lorong dan kemudiannya menjadi "bilik". Jika dilihatkan dari pandangan sisi, ia kelihatan seperti lorong-lorong yang bersambung di antara satu sama lain.

Menggunakan konsep yang sama, bandar bawah tanah telah di bina di kawasan Anatolia Tengah iaitu di Cappadocia, Turki. Terdapat sebanyak 36 buah bandar bawah tanah terdapat di Cappadocia, dan bandar bawah tanah paling luas dikenali sebagi Kaymakli. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

kaymakli1

Menurut Jabatan Kebudayaan Turki, Kaymakli atau nama purbanya, "Enegup" digunakan hanya untuk satu tujuan, iaitu untuk melindungi rakyat Cappadocia daripada serangan musuh ketika Perang Arab-Byzantine dari tahun 780 hingga 1180. Ia telah dibina oleh orang Indo-Eropah yang dikenali sebagai Phrygian pada abad ke-7.

Bandar Kaymakli yang terletak 19 kilometer dari bandar Nevşehir ini mempunyai 8 tingkat namun hanya 4 tingkat sahaja dibuka kepada pengunnjung, bermula pada tahun 1964.

kaymakli 5

kaymakli 9

kaymakli 7

Ia merupakan antara salah satu binaan yang sangat mengagumkan dan masih kekal utuh sehingga kini. Rumah-rumah di dalam Kaymakli ini dibina dan disusun dengan sangat kemas supaya tidak ada sesiapa selain dari penduduk di situ mengetahui bahawa ia mempunyai hampir 100 terowong kecil bawah tanah. 

peta

Terowong-terowong yang dibina agak rendah, sempit dan curam bagi memuatkan lebih banyak ruang, serta curam. Seperti bandar-bandar bawah tanah yang lain, sebutir batu yang sangat besar diletakkan di pintu masuk bagi menutup lubang pintu daripada dunia luar.

kaymakli 4

kaymakli 6

kaymakli 8

Di tingkat 1 terdapat sebuah kandang kuda kecil yang membuatkan ahli arkeologi berpendapat ada beberapa lagi kandang kuda yang masih belum ditemui. Di bahagian kiri kandang kuda itu terdapat sebuah laluan yang menghala ke sebuah gereja manakala di bahagian kanan pula terdapat ruangan yang dipercayai kediaman penempatan ini.

Di tingkat 2 pula terdapat sebuah lagi gereja terdapat di tingkat dua. Gereja-gereja ini dikatakan menjadi tempat mereka berdoa untuk mengharungi hari-hari peperangan yang perit. Di sebelah gereja ini terdapat kubur-kubur dengan nama terukir dipercayai milik si mati. Dengan penemuan ini, pakar mempercayai kubur-kubur itu adalah milik orang Kristian alim. Juga terdapat beberapa ruangan kediaman di tingkat 2.

kaymakli 10

kaymakli pintu

Di tingkat 3 pula adalah merupakan kawasan yang paling luas dan terpenting di mana ia adalah bilik simpanan yang terdapat mesin wain dan minyak, dan bahagian yang paling penting dalam penempatan itu, iaitu dapur.

Terdapat banyak balang tembikar di tingkat 4 yang membuktikan rakyat bawah tanah ini mempunyai ekonomi yang stabil.

Kini ia masih digunakan oleh penduduk sekitar sebagai bilik bawah tanah, bilik simpanan dan kandang kuda yang boleh diakses melalui halaman belakang rumah.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)