Terdapat begitu banyak alat muzik yang wujud pada masa kini. Alat muzik merupakan elemen asas yang digunakakn dalam penghasilan sesuatu karya muzik. Pemilihan alat muzk yang digunakan pula bergantung pada jenis dan bentuk bunyi yang ingin dihasilkan.

Dalam sejarah, kita dapat lihat alat muzik popular seperti piano dan gitar sudah banyak berevolusi. Walaupun terdapat perubahan, konsepnya tetap sama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam banyak-banyak alat muzik yang pernah diciptakan, terdapat satu alat muzik yang sangat pelik dan dikenali sebagai Katzenklavier. Sekiranya alat muzik ini benar-benar wujud, ianya pasti akan mendapat kecaman daripada aktivitis dan persatuan pencinta kucing kerana dianggap menganiaya binatang.

Piano kucing

kucing kesakitan

Pada abad ke 18, terdapat sebuah alat muzik yang rekabentuknya seakan-akan piano namun bunyinya dihasilkan oleh kucing. Apabila papan kekuncinya di tekan, alat muzik pelik yang dikenali sebagai Katzenklavier ini akan mengeluarkan bunyi kucing mengerang kesakitan.

Menurut lakaran alat muzik ini yang ditemui, alat muzik ini  memiliki papan kekunci dan mempunyai ruang khas untuk menempatkan 7 hingga 9 ekor kucing. Ruang untuk kucing ini sangat sempit sehingga mengehadkan pergerakan kucing-kucing ini.

Kucing-kucing yang dipilih pula biasanya memiliki ekor yang panjang. Kemudian, terdapat paku atau besi tajam yang disambungkan dengan papan kekunci. Apabila mana-mana not pada papan kekunci di tekan, paku yang tajam ini akan memukul ekor kucing ini.

Kucing yang berada dalam kesakitan akan mengerang kuat. Susunan kucing-kucing ini juga ditentukan berdasarkan kekuatan bunyi yang dihasilkan mereka. Membayangkan perkara ini sahaja sudah cukup menimbulkan kemarahan kerana jelas sekali perkara ini merupakan satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan.

Idea penciptaan Katzenklavier 

katzenklavier 638

Namun, mujurlah apa yang digambarkan di atas hanyalah lakaran konsep alat muzik Katzenklavier. Realitinya, menurut beberapa sumber yang dipercayai, alat muzik ini tidak pernah dicipta dan direalisasikan.

Namun, daripada manakah timbulnya idea gila untuk menghasilkan alat muzik se[perti ini?

Alat muzik ini dipercayai merupakan idea seorang paderi dari Jerman bernama  Athanasius Kircher yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan, kajian oriental dan geologi. Katzenklavier adalah salah satu ciptaan pelik yang lahir daripada ideanya selain sebuah patung yang mampu mendengar dan bertutur.

Idea mengenai Katzenklavier ini telah dimuatkan dalam bukunya Musurgia Universalis yang diterbitkan pada tahun 1650. Buku ini memuatkan banyak idea-idea gilanya menggunakan haiwan sebagai alat atau unsur muzik antaranya bunyi burung dan piano daripada lebah.

Fungsi unik Katzenklavier 

Katzenklavier bukan sekadar alat muzik untuk tujuan hiburan sebaliknya dikatakan mempunyai fungsi dalam bidang perubatan. Seorang doktor dari Jerman, Johann Christian Reil mengatakan alat ini merupakan satu kaedah untuk merawat pesakit mental.

Alat muzik ini didakwa pertujuan untuk "menggoncang" minda pesakit mental yang hilang keupayaan untuk menumpukan perhatian daripada "keadaan tidak sedar" dan menjadi sedar.

Pesakit akan diletakkan menghadap alat ini ketika ianya akan dimainkan. Bunyi kesakitan yang dihasilkan oleh kucing ini dikatakan akan menimbulkan perasaan sedar, dan "hiburan" pada pesakit.

Secara umumnya, tidak ada manusia yang waras menganggap bunyi kucing mengerang kesakitan sebagai sesuatu yang seronok dan menarik untuk didengar. Namun, satu ketika dahulu dimana kucing dianggap sebagai pembawa nasib malang kepada manusia, bunnyi kesakitan kucing ini diangap satu hiburan yang lucu.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. Vice
  3. Smithsonian Mag



Hakcipta iluminasi.com (2017)