Oleh pada 08 Sep 2017 kategori

Kredit asal foto: Instagram.com/hangriii

Peserta Malaysia bagi program realiti Asia's Next Top Model (ANTM) musim kelima, Alicia Amin menggemparkan industri hiburan tanah air baru-baru ini dengan penyebaran foto dirinya beraksi seolah tanpa seurat benang.

Pemilik nama sebenar Raja Alicia Raja Amin (22 tahun) itu menegaskan keberanian adalah sesuatu yang perlu dalam menempuhi cabaran yang terpaksa dihadapi akan tindakannya itu.

Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi.


Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki .

Model dan pelakon kacukan Melayu-Jerman itu dikecam teruk oleh para netizen di Instagram miliknya yang memaparkan foto kontroversi berkenaan.

Dilahirkan sebagai seorang yang beragama Islam, aktres drama 'Meh Sandar Lagi' itu berharap agar masyarakat dapat melihat kebaikan seseorang dan tidak hanya tahu mencari kesalahan.

Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan.


Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain.


Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain .

Menyentuh soal kerjaya seninya, Alicia meluahkan hasrat untuk menghadiri kelas lakonan bagi memperbaiki mutu lakonannya.

Tambahnya lagi, dia turut mahu menguji kemampuan dengan menerima lebih banyak tawaran watak dalam bahasa Inggeris serta bahasa Melayu.

Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini.


Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu .

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)