Oleh pada 26 Jul 2017 kategori

Usia bukanlah penghalang sebenarnya.

Walaupun begitu wujud satu desakan apabila usia ketika semakin meningkat, kita rasa makin terlambat untuk mencapai apa yang kita inginkan. Hari demi hari kita rasakan tempoh waktu kita untuk berjaya semakin singkat membuatkan kita rasa takut.

Rileks. Belum terlambat. Kita masih ada lagi masa kerana 5 tokoh di bawah mampu mengecapi kejayaan pada usia yang boleh dikategorikan sebagai sudah berumur. Jadi percayalah, tidak ada istilah "sudah terlambat" perlu digunakan dalam hidup kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Harrison Ford

iluminasi bintang hollywood tua

Harrison Ford bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Amat terkenal sebagai pemegang watak ikonik Han Solo dan Indiana Jones, Harrison Ford mempunyai pengalaman luas dalam industri filem dan drama barat.

Walaupun begitu, sebelum memegang watak Han Solo dalam Star Wars Episode IV, Harrison Ford bukanlah nama besar kerana hanya memegang watak-watak sampingan saja. Pada usia 35 tahun, Han Solo menjadi kegilaan ramai gadis dan barulah dunia mengenali siapa Harrison Ford.

2. Steve Carell

iluminasi bintang hollywood tua2

Pelakon watak ikonik siri adaptasi The Office ini, Steve Carell terkenal sebagai bintang filem dan drama selepas menjadi salah seorang pelakon komedi paling diminati.

Steve Carell tidak mendapat jalan mudah. Lebih banyak membintangi drama dan siri TV, kemudian apabila mendapat tawaran berlakon di samping Jim Carrey dalam filem 'Bruce Almighty,' barulah Steve yang pada ketika itu sudahpun berumur 40 tahun mendapat tawaran yang lebih besar.

3. Samuel L. Jackson

iluminasi bintang hollywood tua3

Berpengalaman luas dalam bidang lakonan sebelum berjaya menerusi watak ikonik Jules dalam filem Pulp Fiction, Samuel sebenarnya lebih banyak membawa watak-watak yang tidak mempunyai peranan penting malahan nama sekalipun dalam filem, seperti 'Hold-up Man,' Gang Member No.2 atau watak 'Black Guy'.

Pada usia 46 tahun, Samuel L.Jackson ditawarkan oleh Quentin Tarantino untuk membintangi filem Pulp Ficition dan bermula dari situ kerjanya berkembang luas.

4. Alan Rickman

iluminasi bintang hollywood tua4

Bila sebut nama Alan Rickman mungkin ramai yang tertanya siapa tu, namun jika kita sebutkan watak paling diingati yang dipegang beliau bernama "Professor Severus Snape" dalam siri filem Harry Potter pasti ramai yang mengenalinya.

Beliau mula dikenali ramai sebagai aktor yang sangat versatil selepas memegang watak 'Hans Gruber' penjahat pertama yang tewas ditangan hero filem 'Die Hard', John McClane yang wataknya dipegang oleh Bruce Willis. Mendiang berjaya memegang watak tersebut pada usia 42 dan seterusnya mencipta nama sebagai salah seorang bintang Hollywood paling konsisten.




Hakcipta iluminasi.com (2017)