Oleh pada 02 Feb 2018 kategori

Sumber foto: manggahijau.net

Seorang budak lelaki berumur 12 tahun meninggal dunia selepas tertusuk mata sabit yang dipakai pada alat pengait kelapa sawit menerusi insiden di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar, insiden sekitar jam 9.30 pagi tersebut terjadi semasa mangsa, Mohd. Riduan Hakim Abd. Rashid mengikuti datuknya mengait kelapa sawit di kebun terbabit.

Namun begitu, sabit yang dipakai oleh datuknya itu telah terjatuh berserta buah sawit lalu melantun dan terkena pada sebelah kiri dada pelajar darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat berkenaan.

Mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Batang. Malangnya, doktor mengesahkan beliau sudah tidak bernyawa disebabkan kecederaan itu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan bagi proses bedah siasat.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)