Oleh pada 21 Dec 2017 kategori

kali ini iqram dinzly tampil dengan aksi gila lucah

Pelakon Iqram Dinzly menyelar tindakan segelintir netizen mengkritik gaya kehidupannya yang dikatakan pelik sejak akhir-akhir ini.

“Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” katanya mengulas sikapnya yang dianggap aneh oleh masyarakat ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.

Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 36, yang semakin mendapat perhatian di laman sosial itu berkata, sesetengah orang yang mengutuknya itu sebenarnya busuk hati.

“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.

“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya kepada portal Harian Metro.

Sementara itu, Iqram turut meminta orang ramai tidak lagi berfikiran negatif memandangkan hidupnya kini semakin bahagia.

“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.

“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” katanya.

Iqram turut menegaskan, dia kini ingin dikenali dengan nama baru iaitu Princhiqy Dinzly.

“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang,” katanya.

Oktober lalu, Iqram dihentam netizen kerana memuat naik gambar swafoto bersama arwah bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said dalam keadaan terlantar tenat.

Netizen mengecam kerana kiriman sedemikian dianggap kurang sopan, lebih-lebih lagi dimuat naik untuk tatapan khalayak.

Bapa artis lelaki yang pernah aktif berlakon drama ini meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Sumber berita & Kredit foto: Harian Metro 

tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)