Oleh pada 10 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Komposer dan penyanyi terkenal Ajai menjelaskan punca sebenar pihak juri tidak memilih Ernie Zakri untuk menyandang gelaran Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34), malam tadi.

Ajai selaku ketua juri AJL34 berkata, meskipun Ernie memiliki kemampuan daripada segi teknikal vokal, namun Hafiz Suip mempunyai keistimewaan daripada sudut lain yang tidak dimiliki oleh ramai penyanyi.

“Bila bercakap tentang Hafiz Suip, ada satu benda yang penyanyi tak boleh buat iaitu apabila dia berhentikan muzik, dia tampil semula dengan nada dan feel yang sama, itu sesuatu yang hebat, tak ramai penyanyi boleh buat. 

“Bila muzik tu diberhentikan, penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama, hanya mereka yang terpilih sahaja mampu buat begitu," kata Ajai memetik laporan Astro Gempak.

Dalam pada itu, Ajai tetap mengakui kelebihan yang dimiliki Ernie daripada sudut skil vokal, manakala Aina Abdul pula perlu mengumpul lebih banyak pengalaman agar berani beraksi di atas pentas.

“Memang kita tahu Ernie ada vokal yang bagus, teknikal skill dia hebat.

“Aina pula kekurangan dia adalah dari segi pengalaman. Mungkin lepas ni kalau dia banyakkan lagi menyanyi di pertandingan berprestij seperti ini, ruangan vokal Aina akan lebih berani,” katanya.

   

juara lagu 34 141

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Hafiz menerusi Kisah Cinta Kita menerima ganjaran wang tunai RM12,000 berserta trofi atas kemenangannya.

AJL34 antara lain diadili Datuk Wah Idris, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Altimet dan Cat Farish.

Terdahulu, ada segelintir netizen mempertikaikan kemenangan Hafiz kerana menganggap Ernie lebih layak berdasarkan vokal bertenaga yang ditampilkan.

    

Sumber berita:

1. Tarik Suara Tinggi Bukan Penentu Juara, Ajai Jelaskan Sebab Hafiz Dipilih Pemenang Vokal Terbaik

2. [LIVE] Sidang Media Pemenang Anugerah Juara Lagu 34

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)