Kredit foto: Instagram Noor Nabila

Akhirnya isteri aktor Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mendedahkan gambar imbasan kandungannya di laman Instagram sekaligus menjawab spekulasi kehamilannya sebelum ini.

Kakak kepada selebriti popular Neelofa ini memanjatkan rasa syukur serta menyifatkan bayi yang dikandungnya itu sebagai anugerah terindah.

“Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah SWT.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan bayi sihat sempurna, InsyaALLAH,” tulisnya di kapsyen.

Rata-rata peminat menyambut baik berita itu dengan meninggalkan ucapan tahniah.

Dalam pada itu, Sharnaaz yang ditemubual sebuah portal hiburan memberitahu punca sebenar mereka merahsiakan kehamilan itu sebelum ini kerana merasakan ia masih terlalu awal.

“Sebelum ini ramai yang bertanya, tetapi belum masanya untuk kami berkongsi kerana masih terlalu awal.

“Alhamdulillah, kandungan isteri baik membuatkan kami tidak mahu bertangguh lagi untuk berkongsi berita gembira ini,” katanya.

Dalam masa sama, Sharnaaz mendedahkan kandungan isterinya itu sudahpun mencapai usia tiga bulan.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)