Oleh pada 04 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad & Instagram Noor Nabila

    

Pelakon Sharnaaz Ahmad memohon agar isterinya, Noor Nabila Mohd Noor, 35, bersikap matang dengan berhenti memberikan sebarang kenyataan yang akan mengeruhkan isu perceraian mereka.

Sharnaaz, 34, berkata, dia enggan masalah terbabit diperbesarkan apatah lagi mengenangkan kesan buruk yang akan ditanggung anak mereka, Jebat Jayden Ahmad.

     

sharnaaz ahmad cerai

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

    

"Saya tidak mahu isu ini berpanjangan dan biarlah mahkamah menentukan. Apabila kes (proses penceraian) dibawa di mahkamah, biar semua orang tahu siapa yang memulakannya (mahu bercerai).

"Demi anak, tolong hentikan semua ini. Sejak awal saya beritahu jangan jadikan kes ini kecoh.

"Hari ini mungkin Jebat tidak tahu membaca, selepas lima atau enam tahun dia akan tahu dan bertanya di mana ibu dan bapanya," katanya kepada Harian Metro.

Sharnaaz berkata, dia akur dengan ketentuan, sekiranya kehendak Nabila inginkan perceraian sebagai jalan terakhir kepada kemelut rumah tangga mereka, meskipun itu bukanlah permintaannya.

Terdahulu, Nabila membidas kenyataan Sharnaaz dengan menegaskan keputusan berpisah adalah hasil kata sepakat bersama selepas segala usaha menyelamatkan perkahwinan itu menemui jalan buntu.

Kakak kepada pengacara Neelofa itu terlebih dahulu memfailkan perceraian selepas beberapa spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka tersebar.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

   

Sumber berita: Sharnaaz Minta Noor Nabila Jangan Keruhkan Keadaan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)