kopi decaf 385

Sejak sekian lamanya, kopi tanpa kafein atau dalam bahasa Inggerisnya Decaffeinated coffee sering dipromosikan sebagai alternatif atau pilihan lebih baik untuk kesihatan berbanding kopi biasa yang mengandungi kafein.

Bagi inividu dengan insomnia iaitu masalah untuk tidur, kopi decaf adalah pilihan lebih baik untuk mereka. Malah, sesetengah doktor gigi juga mencadangkan pengambilan kopi decaf memandangkan ia mempunyai kandungan asid yang lebih rendah - dapat mengurangkan kerosakan pada gigi berbanding dengan kopi biasa.

Minuman ini juga disyorkan kepada wanita hamil yang diberi amaran untuk memerhatikan pengambilan kandungan paras kafein mereka. Malah, pihak Nazi sendiri sangat mengagungkan kopi decaf seperti yang pernah kami tulis dalam artikel Kisah Kecintaan Nazi Pda Kopi Tanpa Kafein.

Tetapi bagaimana jika kami beritahu anda bahawa secawan kopi tanpa kafein sebenarnya mempunyai pelbagai kesan sampingan berbahaya yang tidak anda ketahui?

Dengan sebilangan besar orang yang pro-kafein, sukar untuk membayangkan bahawa pilihan kopi alternatif ini boleh berbahaya kepada kesihatan. Namun, mengikut kajian dan pendapat beberapa orang pakar diet dan doktor, sebenarnya terdapat pelbagai kesan sampingan berbahaya terhadap kopi tanpa kafein dan kali ini kami ingin berkongsi dengan semua pembaca Iluminasi.

1. Anda mungkin meminum "sedikit" bahan kimia berbahaya

kopi beracun

Biji kopi secara semula jadi mengandungi kafein, jadi membuangnya sukar dan sering dilakukan dengan cara yang bukan semulajadi. "Biji kopi direndam dalam pelarut kimia untuk proses mengeluarkan kafein," kata Dr William Li, doktor, saintis, Presiden dan Pengarah perubatan Yayasan Angiogenesis, dan pengarang buku Eat To Beat Disease: The New Science of How Your Body Can Heal Itself.

Sebilangan pelarut sama seperti yang digunakan dalam cat atau penghilang cat kuku digunakan dalam proses membuang kafein ini. Walaupun pihak FDA telah membenarkan penggunaan bahan kimia ini (iaitu metilena klorida) dalam proses menyah-kafein, segelintir daripadanya akan terus wujud walaupun biji kopi tersebut dibersihkan berkali-kali.

Benar, walaupun terdapat beberapa kaedah moden untuk menyingkirkan kafein ini, namun pihak New Food Magazine melaporkan bahawa daripad ujian rawak yang dibuat ke atas jenama-jenama besar penjual kopi decaf, amat mengejutkan sejumlah besar daripadanya mengandungi masih Metilena klorida.

2. Bahan kimia ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang besar

decaf coffee

Metilena klorida bukan bahan kimia ringan. Dr Rashimi Byakodi mengatakan dengan menghidunya sahaja boleh menyebabkan kegatalan pada hidung, tekak dan mempengaruhi sistem saraf. Mungkin paling menakutkan, Dr. Byakodi mengatakan, Metilena klorida adalah kemungkinan mutagen dan merupakan karsinogen kepada manusia.

"Bahan kimia ini dipercayai boleh melambatkan sementara sistem saraf pusat manusia" kata Dr. Ava Williams. Beliau menambah bahawa proses membuang kafein itu sendiri didapati dapat meningkatkan asid lemak yang dapat mempengaruhi sindrom metabolik dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Dr Olivia Audrey pula menyatakan proses penyahkafein itu sendiri boleh menjadi masalah. Beberapa kajian menunjukkan potensi risiko untuk menyebabkan berlakunya rheumatoid arthritis. Bahan kimia ini boleh mempengaruhi sistem saraf anda, menyebabkan rheumatoid arthritis dan bahkan menimbulkan risiko barah.

3. Kopi tanpa kafein dapat meningkatkan kolesterol anda

kopi tanpa kafein 156

Ternyata, proses penyahkafein dan bahan kimia yang digunakan di dalamnya bukanlah permulaan masalah. Risiko kopi kafein sebenarnya bermula lebih awal, sejak daripada pemilihan biji kopi itu sendiri.

Kopi tanpa kafein "biasanya" itu dibuat dari biji yang memiliki kandungan lemak lebih tinggi daripada biji arabika biasa yang dapat menimbulkan kemungkinan meningkatkan kadar kolesterol dan menyebabkan masalah kesihatan jantung jangka panjang," kata Dr Audrey.

Dr Williams menerangkan bahawa biji yang biasa digunakan untuk kopi tanpa kafein adalah Robusta yang mempunyai "diptenes" yang lebih tinggi yang merupakan lemak yang merangsang pengeluaran asid lemak dalam tubuh.

4. Anda tidak mendapat manfaat kesihatan yang sama dengan kopi biasa.

biji kopi 919

Ahli pemakanan Ella Davar,  mengatakan yang proses penyahkafein menjadikan kopi tanpa kafein sebagai makanan yang diproses. Jadi, walaupun kopi adalah bahan semula jadi, kopi tanpa kafein pula umpama makanan yang telah diproses.

Selain faedah yang jelas untuk mendapat manfaat daripada zat semula jadi yang wujud pada biji kopi semulajadi, kopi biasa mempunyai manfaat kesihatan yang tidak terdapat dalam kopi tanpa kafein.

Banyak bahan kimia bioaktif semula jadi yang meningkatkan pertahanan kesihatan anda yang hilang dalm proses penyingkiran kafein ini. Salah satunya khususnya adalah asid klorogenik yang dapat mengaktifkan imuniti anda dan bahkan melambatkan penuaan sel.

5. Anda masih mendapat masalah kesihatan

kandungan kafein kopi 608

Realiti yang perlu anda tahu adalah dalam kopi decaf sebenarnya masih terdapat kafein padanya. Walau bagaimanapun, kandungannya adalah rendah mungkin sekitar 5%. Peratusan kandungan kafein ini mungkin berbeza bagi syarikat berlainan. Tiada undang-undang yang menetapkan kadar kafein yang perlu dipatuhi oleh pengeluar kopi decaf.

Pada asasnya, jika anda ingin berhenti minum kafein untuk kesihatan, kopi decaf tidak semestinya berkesan untukk tujuan ini. Walaupun kopi tanpa kafein kurang berasid, ia masih dapat meningkatkan kepekatan gastrin serum yang meningkatkan tahap keasidan.

Ringkasnya, risiko kesihatan kopi berkafein tetap sama dengan kopi tanpa kafein. Malah, daripada segi manfaat kesihatan pula kopi berkafein mungkin lebih baik kerana ia tidak melalui begitu banyak proses yang secara tidak langsung akan menyingkirkan segala kebaikan semulajadi yang ada padanya.

Kredit:

  1. Healthline
  2. New Scientist


Hakcipta iluminasi.com (2017)