Menurut Laporan Kesihatan Mental Kanak-Kanak Remaja Negara Malaysia, sebanyak 2 juta kanak-kanak berusia 5 hingga 18 tahun mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan, gangguan emosi dan tingkah laku. Daripada jumlah itu, seramai 100,000 kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan klinikal daripada pakar.

Masalah perkembangan mental yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak termasuklah autisme, masalah gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD), pembelajaran spesifik termasuk menulis, mengira dan membaca, masalah intelektual (terencat akal) dan juga masalah pertuturan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan daripada masalah-masalah ini, autisme dianggap sebagai yang paling popular berlaku dalam kalangan kanak-kanak iaitu dengan nisbah 1 dalam 100 kanak-kanak.

makanan diproses mungkin antara penyebab berlakunya autisme 349

Jangkitan virus ketika hamil telah dikenali sebagai punca utama autisme bukan genetik.

Satu kajian baru dari University of Central Florida, yang diterbitkan dalam Laporan saintifik pada 19 Jun 2019, mengemukakan kes berkenaan hubungan awal autisme dan microbiome manusia.

Kajian ini menyatakan bahawa tahap Asid Propionic (PPA) yang tinggi, yang mana digunakan untuk menjadikan makanan yang diproses lebih tahan lama jangka dan menghalang pertumbuhan kulat, disimpulkan dapat mengurangkan perkembangan neuron pada otak janin.

Memberi perhatian terhadap pemakanan untuk lebih memahami autisme bukanlah satu perkara baru.

makanan diproses mengandungi asid propionik

Seperti yang dinyatakan oleh Steve Silberman dalam penulisannya tentang autisme bertajuk "Neurotribes", langkah-langkah asas yang terlibat dalam merawat kanak-kanak termasuklah penghapusan makanan pencetus yang didakwa ini, rawatan alahan makanan, vitamin dan mineral, dan suntikan antikulat dan probiotik untuk mengukuhkan mikrobiotik kanak-kanak.

Namun, kajian baru ini memaparkan idea lain iaitu diet ibu mempengaruhi permulaan autisme dalam janin yang sedang berkembang.

Jika penemuan ini terbukti benar, boleh memberikan kesan yang sangat penting dalam penjagaan kehamilan bagi ibu0ibu pada masa akan datang.

Pasukan penyelidik yang terdiri daripada Latifa Abdelli, Aseela Samsam dan Saleh Naser menulis bahawa gangguan spektrum autisme (ASD) dikesan melalui keradangan neuro dan gejala gastrointestinal.

Gangguan ini merangkumi pelbagai tahap komunikasi sosial yang merosot, serta tingkah laku berulang yang menghalang kemajuan pembelajaran kanak-kanak dan keupayaan untuk berhubungan dengan orang lain.

jumlah kanak kanak dengan autisme semakin meningkat

Bilangan kanak-kanak yang didiagnosis dengan ASD semakin meningkat setiap tahun, jadi spektrum ini bukanlah satu perkara baru.

Namun, terdapat perubahan dalam masyarakat yang menyebabkan lonjakan ini berlaku.

Pada tahun 2000, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memerhatikan seorang daripada setiap 150 kanak-kanak yang mempamerkan kelakuan sedemikian.

Dan menjelang tahun 2018, angka itu meningkat kepada seorang daripada setiap 59 kanak-kanak.

Bolehkah Autisme disebabkan oleh mikroorganisma usus?

mikroorganisma dalam perut

Pasukan penyelidikan mencatatkan bahawa beribu-ribu gen dikaitkan dengan ASD.

Walaupun tidak ada penyebab yang sama, mereka percaya ia adalah hubungan antara genetik dan alam sekitar, jadi mereka memberi tumpuan kepada keabnormalan sistem ketahanan ibu.

Saleh Naser yang merupakan pakar dalam penyelidikan gastroenterologi, mensasarkan dan memberikan perhatian terhadap asid propionik (PPA) kerana beliau pernah mendapati bahawa wujudnya asid karboksilik yang tinggi dalam sampel najis kanak-kanak autisme.

PPA yang berlebihan mengurangkan jumlah neuron dalam otak dan pada masa yang sama menghasilkan lebih banyak sel glial yang mengakibatkan keradangan iaitu penanda kepada autisme.

Peningkatan jumlah laluan PPA merosakkan laluan neuron yang membolehkan otak berkomunikasi dengan badan.

Gabungan toksik ini sepadan dengan gejala autisme iaitu tingkah laku berulang, masalah mobiliti dan masalah berkomunikasi dengan orang lain.

PPA berlaku secara semula jadi dalam mikrobiologi manusia. Peningkatan jumlah asid ini yang masuk ke dalam sistem badan ibu hamil melalui makanan yang diproses mempunyai kesan negatif terhadap anak-anak mereka.

Peningkatan PPA merebak ke dalam janin yang mana berpotensi membantutkan perkembangan neuron serta membantu mencetuskan kesan seterusnya yang membawa kepada gangguan mental ini.

Kali pertama kali aid propionik ditemui adaalh pada tahun 1844 oleh ahli kimia Austria, Johann Gottlieb yang menyeadi kehadirannya produk gula yang terdegradasi.

ibu hamil perlu elakkan makanan yang diproses

Jika diasingkan, ia mengeluarkan aroma bau badan yang tidak menyenangkan namun jika dihasilkan, ia digunakan untuk menghentikan pertumbuhan kulat dalam makanan haiwan serta produk makanan manusia termasuk bijirin, produk bakar seperti roti dan juga keju.

Ia diluluskan untuk kegunaan di Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.

Penyelidikan sebelum ini telah mengaitkan PPA dengan segala-galanya dari kerengsaan hidung dan kerongkong kepada kecacatan kelahiran dan kanser (dalam tikus).

Walaupun secara amnya ia dianggap rendah toksik jika ditelan, kajian dari University of Central Florida ini menunjukkan bahawa kesannya terhadap mikrobioma ibu jauh lebih besar dari yang dibayangkan sebelumnya.

Para penyelidik menyatakan bahawa ia hanyalah langkah pertama tetapi sangat penting.

"Penyelidikan ini hanyalah langkah pertama ke arah pemahaman yang lebih baik mengenai Gangguan Spektrum Autisme. Tetapi kami yakin berada di landasan yang betul untuk mengungkap penyebab sebenar autisme,".

Makanan segera adalah ciptaan manusia untuk pasaran dan bukanlah satu evolusi pemakanan yang baik.

Roti tidak sepatutnya bertahan selama beberapa minggu dan haiwan tidak boleh digemukkan dengan bahan makanan kurang berkhasiat, terutamanya jika bahan kimia yang terlibat dalam menghasilkannya merosakkan spesies kita.

Ini adalah harga yang perlu kita bayar terhadap sistem pertanian kita yang mempunyai kesan langsung dan negatif terhadap mikrobiom kita.

Hasil penyelidikan ini mungkin membuatkan anda kurang percaya tetapi sains bukanlah sesuatu bidang mengenai tindak balas populariti.

Asid propionik mungkin bukan penyebab autisme dan penyelidikan ini memerlukan kajian lanjutan, tetapi ia masih dilihatkan sebagai satu potensi tinggi.

Rujukan:

1. BigThink

2. Science Medicine Based

3. Medical News Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)