merokok antara penyumbang terbesar kematian setiap tahun

Ramai sebenarnya yang tidak menyedari bahawa pemakanan yang tidak seimbang membunuh lebih ramai nyawa ketika ini berbanding merokok.

Jangan salah faham, merokok tetap berbahaya dan antara penyumbang terbesar kepada kematian setiap tahun namun kita tidak berasakan makanan yang kita makan setiap hari sebenarnya mampu membunuh secara perlahan-lahan.

Para saintis mendapati bahawa kekurangan nutrien penting boleh membahayakan kesihatan anda. Bagaimanapun, beberapa produk yang yang kita makan setiap hari untuk mendapatkan khasiat dan nutrien, mungkin juga berbahaya untuk tubuh badan.

Antaranya adalah jus buahan-buahan yang kelihatan sihat berbanding minuman berkarbonat, namun mampu menjadi penyebab diabetes.

iluminasi.com kongsikan 8 makanan yang sebenarnya boleh membunuh manusia secara perlahan-lahan, sama seperti merokok.

1. Jus buahan-buahan

jus buah buahan mungkin lebih berbahaya berbanding rokok

Buah-buahan dianggap penting untuk mendapatkan nutrisi dan jus segar adalah cara mudah untuk menambahnya ke dalam diet anda.

Walau bagaimanapun, dalam bentuk cecair, buah-buahan kehilangan sebahagian besar unsur sihat seperti serat yang memainkan peranan penting dalam pencegahan diabetes, penyakit jantung dan obesiti.

Selain itu, pengambilan jus yang tidak terkawal sebenarnya boleh menyebabkan masalah kesihatan kerana jumlah gula yang terkandung di dalamnya.

Malah, sesetengah daripada jus buah-buahan mengandungi gula hampir sama dengan satu tin Coke. Apa yang disyorkan adalah untuk memakan buah dan bukannya meminum jus.

Sebiji buah sudah cukup untuk membuatkan anda kenyang dan memuaskan nafsu anda untuk makan makanan manis berbanding jus buah-buahan yang memerlukan beberapa biji buah untuk menghasilkan segelas jus.

2. Bar granola

bar granola mungkin lebih berbahaya daripada rokok

Walaupun kaya dengan nutrien, sesetengah bar granola juga tinggi dengan gula tambahan. Menurut Pangkalan Data Nutrien, kebanyakan bar granola yang popular mengandungi 15 hingga 30 gram gula dalam setiap satunya.

Sebaliknya, jika dipilih dengan betul, snek ini adalah cara yang sempurna untuk menghilangkan rasa lapar dan mengelakkan makan berlebihan kerana ia mengandungi banyak nutrien penting.

Snek bar granola yang sempurna harus mempunyai sekurang-kurangnya 3 gram serat, 5 gram protein dan kurang daripada 10 gram gula.

3. Sushi

bahaya makan sushi

Sushi itu sebenarnya tidaklah membahayakan. Walau bagaimanapun, pelbagai ramuan dan bahan tambahan yang ditambah ke dalam sushi yang menyebabkan masalah utama.

Banyak gulungan sushi pada hari ini mengandungi mayonis, keju krim, sos, dan produk kontroversial lain yang meningkatkan nilai pemakanan sushi dan membuatkan satu set rawak sushi mengandungi kalori yang cukup untuk sepanjang hari.

Untuk mengelakkan masalah berat badan, pilih sushi yang lebih ringkas dengan salmon atau sashimi.

4. Ikan ternakan ladang

ikan ternakan ladang tidak baik untuk kesihatan

Masalah ini juga berkaitan dengan sushi. Ikan liar adalah sumber yang kaya dengan asid lemak Omega-3, yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.

Tetapi kandungannya sangat bergantung kepada jenis makanan yang dimakan oleh ikan. Malangnya, ikan yang kita beli di pasar raya biasanya tidak berasal dari laut tetapi dari ladang.

Oleh itu, ia bukan sahaja kekurangan nutrien yang sihat, tetapi mereka juga mengandungi bahan tambahan kimia yang digunakan petani untuk membuatkan ikan lebih cepat membesar.

5. Makanan bebas lemak

makanan bebas lemak

Pada abad yang lalu, diet bebas lemak adalah sesuatu yang sangat popular.

Namun ia tidak lagi apabila pakar pemakanan menyedari bahawa pengeluar mula menggantikan lemak yang sihat dengan gula yang diproses untuk mengekalkan rasa semulajadi produk.

Oleh itu, apa yang sepatutnya menjadi snek yang sihat berubah menjadi makanan yang tinggi gula tanpa disedari.

Pakar-pakar ketika ini mengesyorkan kita memilih barangan tenusu yang kaya dengan protein dan lemak sihat, seperti keju kotej atau yoghurt Yunani, yang tidak mengandungi sebarang gula yang diproses.

6. Bijirin

bijirin sarapan pagi bahaya untuk kesihatan

Bijirin sering dianggap sebagai penyelesaian yang mudah untuk sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat.

Walau bagaimanapun, tidak semua jenis bijirin memberi jumlah manfaat yang sama. Kebanyakan daripada bijiran yang ada di pasaran ketika ini diperbuat daripada bijirin halus.

Semasa pemprosesan ini, bijirin kehilangan sejumlah besar serat dan nutrien lain yang membantu anda untuk kekal kenyang.

Itu belum lagi diambil kira bahawa jumlah gula yang tinggi ditambahkan ke dalam bijirin untuk menjadikan rasanya lebih enak dan lebih menarik bagi kanak-kanak.

Peningkatan pengambilan gula boleh mengakibatkan diabetes, penyakit jantung, dan obesiti.

7. Roti putih

roti putih bahaya untuk kesihatan

Roti putih adalah satu lagi produk yang diperbuat daripada bijirin halus yang tidak mempunyai nutrien dan serat yang sihat.

Sedangkan serat menyumbang kepada berat badan yang sihat, tekanan darah yang baik serta merendahkan risiko penyakit kencing manis dan kardiovaskular.

Jadi, hakikat bahawa roti putih tidak mengandunginya menjadi alasan mengapa anda menghadapi semua masalah ini.

Roti bijirin boleh menjadi alternatif yang baik menggantikan roti putih. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pengambilan roti bijiran penuh harian mengurangkan risiko membangunkan penyakit yang disebutkan di atas.

8. Soya

soya

Soya mungkin membawa kepada bahaya yang sama bagi kedua-dua kesihatan kita dan juga ekologi.

Tanaman soya dikatakan tanaman mono yang paling merosakkan kerana ia mengambil nutrien tanah dan membinasakan tanah sepenuhnya.

Malah, kebanyakan kacang soya telah diubah suai secara genetik, yang bermakna anda tidak mendapat sebarang nutrien yang terkandung dalam kacang soya semula jadi.

Satu lagi masalah dengan soya adalah kepekatan isoflavon tinggi atau estrogen tumbuhan, yang meningkatkan level hormon ini dalam badan anda dan mengganggu kitaran haid wanita.

Atas sebab yang sama, pengambilan soya biasanya dihubungkan dengan peningkatan aktiviti hormon tiroid, yang boleh mengakibatkan kehilangan berat badan yang tidak dijangka, berpeluh, dan bengkak pada leher.

Rujukan:

1. NCBI

2. Healthline

3. Web MD



Hakcipta iluminasi.com (2017)