Oleh pada 26 Feb 2017 kategori

#1 Ayam Percik

Belum masuk lagi kawasan bazaar, dah dapat asap dan bau semerbak ayam percik. Siapa yang boleh tahannn. Bau asap tu kalau dah sampai rumah pun tak hilang lagi. Menduga je nak tunggu sampai azan Maghrib.

#2 Kuih Tepung Pelita

Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ni merupakan pencuci mulut terbaik selepas selesai mengkedarah segala nasi, ayam dan murtabak. Selalunya dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

tepung pelita

#3 Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Kalau tak pekena nasi waktu berbuka, rasa tak lengkap. Di pasar Ramadhan, memang ramai peniaga yang menjual nasi berperisa seperti nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu, nasi dagang. Eh, banyak sangat kalau nak senaraikan semua.

nasi tomato kombo pilihan ramai pengunjung pasar ramadhan

Nasi tomato dan lauk ayam masak merah sering menjadi menu combo pilihan ramai. Terutama sekali kalau nasi dia gebu dan berderai, ayam pulak dimasak dalam kuah yang pekat dan tak terlalu pedas. Just nice!

#4 Roti John

 

roti john 459

Roti John ni walaupun mudah dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang suka beli dari pasar Ramadhan sebab boleh dapat roti saiz panjang. Kalau nak lagi sedap, order yang special ada letak cheese, fuh bila cair merembes dan bersatu dengan inti kari daging bertelur, sos cili, mayonis dan coleslaw tu memang boleh nangis.

roti john 2

#5 Air Tebu

mesin air tebu

Air tebu air paling best sebab jus dia diperah menggunakan mesin di gerai itu sendiri. Boleh tengok live bagaimana mereka memasukkan batang-batang tebu ke dalam mesin yang kemudiannya mengalirkan jus tebu manis. Tambah sedikit ais, memang sedap! Kalau masa bulan puasa selalunya ada pilihan nak beli dalam jag, plastik ikat atau cawan biasa.

air tebu kalau beli satu jag pun tak cukup

Air tebu dikatakan air yang boleh mengembalikan tenaga setelah letih berpuasa seharian. Bila air tebu tu lalu kat tekak, dia punya nikmat tu lain macam. Tak sama dengan air-air lain!

#6 Murtabak

murtabak

Selalunya kat pasar Ramadhan, mesti berlambak-lambak peniaga jual murtabak. Jalan sikit je murtabak, jalan sikit lagi ada murtabak lagi. Kalau dapat beli yang sedap takpe la. Buatnya dapat yang daging kedekut, harga mahal, rasa tak sedap?

gerai jual murtabak yang sedap selalu ada barisan panjang

Tips nak tahu murtabak tu sedap ke tak, tengok barisan pembeli tu panjang ke tidak. Lagi satu rupa murtabak tu mengecurkan air liur anda atau tidak. Selalunya kalau murtabak sedap ni warna gelap2 golden brown dia tu saja dah membuatkan anda berlinangan air mata nak balik makan cepat-cepat.

#7 Pulut Panggang

Kuih ni paling sedap kalau pulut dia tu dimasak lembut, tak hangit dan mempunyai inti rasa pedas-pedas manis yang banyak dan tidak kedekut. Memang sedaplah!

pulut panggang kuih tradisi

#8 Air Soya

air soya menghilangkan dahaga

Air soya memang menjadi air wajib beli kalau datang pasar Ramadhan. Yang suam sedap, yang sejuk laaagi la sedap. Ada juga orang suka beli soya cincau untuk menghilangkan panas dalam badan. Pastu dipasangkan pula dengan taufufah makan suam-suam, wow, terangkat.

#9 Popia Basah

popia basah

Walaupun menu ini antara makanan yang paling cepat disediakan berbanding makanan-makanan lain, namun gerai popia basah mesti kena beratur panjang sebab ramai sangat peminat.

popia basah 2

#10 Ayam / Kambing Golek

ayam golek percikk mercikk

Haiwan golek-golek ni memang selalu champion dan laris dijual semasa bulan puasa. Sapa tak terliur tengok kambing dan ayam gemuk-gemuk tu kena golek di khalayak ramai.

kambing golek memang menyelerakan dengan kuah yang sedap

Memang meriah sungguh pilihan makanan kat Malaysia ni. Anda paling suka beli makanan apa kalau pergi bazaar Ramadhan?




Hakcipta iluminasi.com (2017)