Kredit foto: Instagram Syarah Haifa , Facebook Alha Alfa

    

Syarah Haifa merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia, Aiman Tino, yang juga dikenali sebagai usahawan dan kandungan dikongsi di media sosialnya, termasuk Instagram dan TikTok.

    

Biodata

Nama sebenar: Che Syarah Haifa binti Che Isa

Nama komersial: Syarah Haifa

Umur: 25 tahun (2023)

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Farish Isa (abang)

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurusan Filem Dan Televisyen daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Kerjaya: Usahawan, Model, Personaliti TikTok

Instagram (IG): @syereheife

   

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Merupakan rakan kongsi perniagaan kepada Aiman Tino.

2. Wajahnya dikatakan memiliki iras dengan penyanyi senior, Mila Jirin, mengikut pandangan netizen.

3. Perniagaan biskut yang diusahanya bersama-sama dengan Aiman menjadi permulaan perasaan cinta di antara mereka.

4. Pertemuan mereka bermula pada tahun 2019 selepas diperkenalkan oleh seorang sahabat, rentetan Aiman mempunyai ramai rakan yang menuntut di ASWARA, tempat pengajian Syarah.

5. Pada mulanya, Aiman menjadi pengikut Syarah di Instagram. Kemudian pada tahun 2020, mereka memulakan perniagaan bersama, tetapi baru pada tahun 2022 hubungan mereka bertukar serius.

6. Keakraban mereka menjadi bahan spekulasi di kalangan netizen selepas mereka hadir dalam konsert penyanyi terkenal, Dato' Seri Siti Nurhaliza 'A Night To Remember' pada akhir tahun 2022.

7. Syarah malah berkongsi sepotong video di akaun Tiktoknya, @syereheife, yang memaparkan Aiman sedang meniup lilin kek di dalam kereta, sempena sambutan tahun baru 2023 yang mereka rayakan.

8. Aiman menganggap Syarah sebagai wanita yang ayu dengan sifat lemah lembut, 'sekepala' dengannya (kerana mereka berdua memiliki perangai yang gila-gila), dan mereka selalu senang ketika bersama-sama.

9. Mereka sah bernikah menjadi suami isteri pada 27 April 2023 di Segambut, Kuala Lumpur, dan majlis perkahwinan atau resepsi pula akan diadakan di Shah Alam pada 6 Mei 2023.

10. Sebelum ini, majlis merisik pasangan ini telah diadakan di Cheras pada 21 Januari 2023 yang turut dikongsi melalui beberapa video hantaran di Instagram abang kepada Syarah iaitu Farish Isa.

     

Baca: 10 Fakta Penyanyi Aiman Tino Yang Ramai Tak Tahu!

      

Gambar

aiman tino kahwin

siapa syarah haifa

Syarah adalah graduan dalam bidang Filem Dan Televisyen daripada ASWARA

syarah haifa

umur syarah haifa

isteri aiman tino

syereheife

syarah haifa instagram

syarah haifa ig

aiman tino nikah

gambar syarah haifa

aiman tino 523

syarah haifa aiman tino

Kredit foto: Instagram Syarah Haifa , Facebook Alha Alfa

      

Video

Kredit video: Syereheife Makeup by Hudvmohd

     

Sumber:

1. Berahsia, enggan soal peribadi diceroboh

2. Aiman Tino nikah April, bertunang sehari sebelum

3. Aiman Tino nikah Khamis ini

4. "Kami akan bernikah dalam masa terdekat"- Aiman Tino

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)