Oleh pada 15 Jul 2018 kategori

Kisah benar yang mengispirasikan filem "Dog Day Afternoon" adalah sangat berbeza daripada kisah-kisah rompakan bank yang lain.

John Wojtowicz dilahirkan pada tahun 1945 di New York City dan menjalani kehidupan biasa pada hujung tahun 1960an.

Setelah tamat sekolah menengah dan berkhidmat di Vietnam, John pulang dan bekerja di Bank Chase Manhattan di mana dia kemudiannya mempunyai hubungan dengan rakan sekerja, Carmen Bifulco.

BESARKAN TEKS     A-  A+

john wojtowicz dan isterinya carmen bifulco

Pasangan ini berkahwin pada tahun 1967, namun John menyimpan satu rahsia daripada isterinya. Semasa berada di dalam pasukan tentera, John berhadapan dengan pengalaman homoseksual pertama ketika latihan asas sebelum dihantar ke Vietnam.

Dan apabila pulang ke Amerika Syarikat, John bukan sahaja menyembunyikan identiti seksualnya tetapi juga bergelut dengan pengalaman buruk perang termasuk menjadi salah seorang daripada yang terselamat dalam serangan roket di pangkalan tentera.

Selepas 2 tahun berkahwin dengan Carmen, John tidak lagi mampu hidup dalam kepura-puraan. Dia berpisah dengan isterinya pada tahun 1969 dan menyertai Perikatan Aktivis Homoseksual sambil ingin mencari pasangan.

john wojtowicz dan elizabeth eden 4

john wojtowicz dan elizabeth eden 2 446

John bertemu dengan Ernie Aron (lelaki), yang dikenalpasti sebagai perempuan dan menggunakan nama Elizabeth Eden. Pada tahun yang sama, pasangan ini pun "berkahwin" dalam sebuah majlis tak rasmi, kerana ia tidak diiktiraf pada ketika itu.

Elizabeth yang bertindak sebagai wanita dalam perhubungan ini, menginginkan untuk melakukan pembedahan jantina, idea yang mana ditentang oleh John.

Akibatnya, Elizabeth telah dimasukkan ke hospital selepas cuba membunuh diri, membuatkan John memutuskan untuk membenarkan Elizabeth menjalani pembedahan bagi menamatkan kemurungannya.

Malah, John Wojtowicz sendiri yang akan membiayai pembedahan tersebut, dengan cara merompak bank.

Menubuhan pasukan untuk rompak bank

john wojtowicz ketika meropak bank di new york 4

Tak sabar untuk mendapatkan wang pembiayaan pembedahan jantina "isterinya", John menubuhkan satu pasukan yang akan membantu rompakan tersebut.

Juga, terdapat laporan mengatakan pembiayaan pembedahan jantina Elizabeth bukanlah motif sebenar, sebaliknya operasi yang dirancang oleh Mafia.

John merekrut Bobby Westenberg dan Salvatore Naturale, yang mana bertemu ketika di bar gay, bagi membantu rompakan tersebut. Namun masalahnya adalah ketiga-tiga rakan ini bukanlah perompak profesional.

Mereka dengan santai memandu di sekitar New York pada 22 Ogos 1972 mencari bank untuk dirompak.

Setelah memilih dan memasuki bank pertama, mereka tidak sengaja menjatuhkan senapang yang menyebabkan berlakunya tembakan dan berjaya melarikan diri.

john wojtowicz ketika meropak bank di new york 2 552

john wojtowicz ketika meropak bank di new york 3

Di bank kedua, Bobby terserempak dengan rakan ibunya dan terpaksa membatalkan operasi mereka. Selepas menonton filem The Godfather sebagai inspirasi, mereka akhinya memutuskan untuk merompak Bank Chase di Brooklyn pada hari yang sama.

Ketika sampai di kaunter bank, mereka memberikan nota kepada juruwang yang mengandungi ayat seperti dalam filem tersebut, "Ini adalah tawaran yang anda tak boleh tolak,".

Maka bermulalah antara salah satu insiden yang mendapat liputan terbesar dalam sejarah New York City.

Malang bagi mereka, separuh daripada peti besi bank tersebut kosong, namun Jon Wojtowicz dan rakan-rakannya masih berjaya merompak wang tunai USD38,000 dan cek bernilai USD175,000 sebelum salah seorang daripada pekerja membunyikan penggera menyebabkan polis tiba di tempat kejadian.

Mereka kemudiannya menahan lapan orang di dalam bank sebagai tebusan dan ia berlarutan selama 14 jam. Selain daripada agen FBI, polis, wartawan dan penembak tepat yang berada di atas bumbung, kawasan perkarangan bank tersebut dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang awam termasuk ibu John.

orang ramai berkumpul di luar perkarangan chase bank manhattan

John Wojtowicz kemudiannya memainkan peranannya sebagai pemimpin rompakan ini.

Dia memesan pizza untuk tebusan-tebusannya, dan membayar wang kepada penghantar pizza menggunakan wang rompakan serta melemparkan wang kepada orang awam yang berkumpul dan bersorak.

Malah, tebusan-tebusan juga turut mempunyai perasaan seperti suka dan kurang takut disebabkan oleh karekter John.

Salah seorang daripada tebusan yang merupakan juruwang bank tersebut, Shirley Ball berkata bahawa dia menyedari John seorang yang mesra dan mempunyai tujuan yang mana dia rasa dia boleh masuk dan keluar bank dengan mudah.

john wojtowicz sedang berunding dengan pihak nypd 4

john wojtowicz sedang berunding dengan pihak nypd

john wojtowicz sedang berunding dengan pihak nypd 2

Namun ia tidak seperti yang diharapkan oleh John dan tekanan mula dirasai selepas beberapa jam. John kemudiannya keluar daripada bank dan bertemu dengan pihak polis NYPD untuk berunding.

Selepas berunding, akhirnya FBI bersetuju untuk menghantar John Wojtowicz dan Salvatore Naturale (Bobby Westenberg terlebih awal melarikan diri sebelum polis sampai) ke Lapangan Terbang Kennedy dan memasukkan mereka ke dalam penerbangan antarabangsa.

Rundingan ini juga telah melahirkan pasukan rundingan NYPD.

Namun tanpa pengetahun mereka, persetujuan tersebut hanyalah helah pihak FBI di mana terdapat agen-agen yang menunggu kedua-dua perompak ini sebaik sahaja mereka tiba.

Salvatore ditembak mati dalam pergelutan di lapangan terbang dan John diberkas.

John Wojtowicz dibicarakan dan dipenjarakan

john wojtowicz perompak bank

Setelah dibicarakan, John Wojtowicz dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara namun hanya menjalani hukuman tersebut selama 5 tahun dan dibebaskan pada tahun 1978.

Ketika berada di penjara, John berkesempatan menonton filem Day Dog Afternoon yang dikeluarkan pada tahun 1975.

Pada mulanya warden penjara membantah permintaan John untuk menonton filem itu, namun membenarkan selepas John mengancam untuk memulakan rusuhan yang paling dahsyat pernah terjadi.

john wojtowicz diberkas pihak nypd 2 370

john wojtowicz diberkas pihak nypd

John menonton filem tersebut dengan dikawal oleh seorang pengawal.

Walaupun John menyifatkan filem tersebut sebagai "pengalaman yang mengharukan", namun dia mengutuskan sepucuk surat kepada penyunting di The New York Times menegaskan bahawa filem itu "tidak menunjukkan kebenaran keseluruhan dan kebenarannya yang dipaparkan telah diputarbelitkan".

Apa yang membuatkan John marah adalah filem tersebut melihatkan John seolah-olah membuat perjanjian untuk mengkhianati rakannya, Salvatore.

salvatore naturale

"Ia adalah tidak benar dan tak ada manusia yang begitu teruk di dunia ini yang membenarkan FBI untuk membunuh rakannya semata-mata untuk membiarkan dia terus hidup," kata John.

John juga mempunyai isu dengan pelakon wanita dalam filem tersebut, menyatakan bahawa filem tersebut membuatkan isterinya, Carmen Bifulco, kelihatan sangat teruk.

Filem ini juga menyimpulkan bahawa John meninggalkan isterinya untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki homoseksual disebabkan olehnya.

Filem ini mendapat sambutan yang sangat hangat dan mendapat pulangan 20 kali ganda daripada modal. Malah, Day Dog Afternoon tercalon dalam 6 kategori Academy Award yang mana satu daripadanya dimenangi mereka.

Kehidupan selepas bebas

john wojtowicz selepas dibebaskan daripada penjara

Selepas dibebaskan, John Wojtowicz tinggal bersama ibunya di New York. "Isterinya", Elizabeth telah meninggalkan John dan berkahwain dengan lelaki lain sebelum bercerai dan meninggal dunia pada tahun 1987 disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang berkaitan dengan AIDS.

isteri john wojtowicz ernest aron aka elizabeth eden

john wojtowicz dan elizabeth eden 1

John menghabiskan saki-baki hidupnya di New York. Malah, pada satu ketika, John memohon kerja sebagai pengawal keselamatan di bank yang dirompaknya, dengan mendakwa:

"Saya lelaki daripada Dog Day Afternoon dan jika saya mengawal bank ini, tak ada siapa akan merompak bank ini,".

Permohonan itu ditolak dan John menghabiskan saki-baki hidupnya di pusat kebajikan sebelum meninggal dunia pada tahun 2006 disebabkan kanser.




Hakcipta iluminasi.com (2017)