Oleh pada 05 Jul 2017 kategori

rompakan bank

Antara jenayah yang paling dianggap sebagai sesuatu yang berani adalah rompakan, terutamanya rompakan bank. Jika di Malaysia, rompakan terbesar yang berlaku adalah yang berlaku pada 31 Ogos 1994. Ya, pada Hari Kebangsaan, ketika semua orang sedang menyambut hari bersejarah ini dan pihak berkuasa PDRM ketika itu sibuk menjaga keselamatan. Rompakan itu dilakukan oleh penjenayah yang digelar Geng Mamak, dengan menyamar sebagai anggota polis, dan merompak emas yang bernilai RM12 juta, hanya dalam masa 20 minit.

rompakan

Namun, jika nak dibandingkan dengan rompakan ini, ia tidaklah setanding dengan rompakan yang berlaku satu ketika dulu yang melibatkan hasil ratusan juta, malah berbillion ringgit. iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 3 rompakan terbesar yang tercatat dalam sejarah dunia.

1. Banco Central - CearĂ¡, Brazil : RM307 juta

banco central 1

Rompakan ini berlaku di Brazil pada hari Sabtu, 6 Ogos 2005 dan dikatakan telah dilakukan oleh hampir 25 orang, namun hanya 8 orang yang telah diberkas. Dianggarkan nilai rompakan sebanyak RM307 juta wang kertas seberat 3.5 tan yang tidak diinsuranskan dan tidak ditanda. Dirancang dengan teliti sekali, sehingga perompak-perompak tersebut berjaya meloloskan diri tanpa dikesan oleh pihak bank dan hanya disedari pihak bank pada hari bekerja, iaitu hari Isnin, 2 hari selepas rompakan berlaku. Hanya RM25.74 juta sahaja berjaya ditemukan semula oleh pihak berkuasa sehingga hujung tahun 2005.

banco central 679

Operasi rompakan yang telah dirancang 3 bulan sebelumnya, dilakukan dengan menggali satu terowong bawah tanah sepanjang 78 meter, dengan keluasan segiempat 70 sentimeter sehingga ke bawah tanah kawasan bank tersebut dengan hanya 4 meter jarak dari bawah bank. Dikatakan terowong tersebut digali dan dibina dengan baik sekali yang dilengkapi dengan pancahayaan dan pengudaraan yang sempurna.

Bagaimana mereka melakukannya? Ia seperti apa yang anda lihat di dalam filem. Mereka bermula dengan menyewa rumah di kawasan berdekatan dengan bank tersebut. Untuk tidak kelihatan curiga oleh jiran-jiran, mereka berpura-pura seperti sebuah syarikat landskap yang menjual rumput dan tumbuhan. Apabila ditanya, jiran-jiran mengatakan mereka adalah sekumpulan 6 hingga 10 orang, namun tidak mencurigai mereka apabila melihat tanah dibawa keluar dengan jumlah yang banyak kerana mengganggap ianya merupakan urusan kerja.

2. Knightsbridge Security Deposit - London, England : RM420 juta

knightsbridge security deposit

Berlaku di London, England, pada 12 July 1987, yang diterajui oleh Valerio Viccei, anak seorang peguam dari Itali. Bangunan yang dikatakan bangunan paling selamat di dunia ini telah dipecah masuk oleh perompak licik yang telah menyebabkan kehilangan wang tunai, barang kemas, jongkong emas dan barangan lain bernilai RM420 juta.

2 orang lelaki dikatakan memohon untuk telah menyewa peti deposit keselamatan di Knightsbridge Safe Deposit Centre pada hari kejadian. Selepas memujuk pengurusnya, mereka dibawa ke bilik bawah tanah yang mana mereka kemudiannya mengeluarkan pistol dan menggari dua pegawai keselamatan. 113 daripada 4,000 peti keselamatan itu telah dipecah.

Mereka kemudiannya membenarkan perompak yang lain untuk masuk dengan menggantungkan papan tanda bahawa pusat deposit itu ditutup buat sementara waktu. Namun, rompakan itu hanya disedari oleh pegawai bank yang baru sahaja menggantikan shift sebelumnya, dan terus menghubungi pihak polis.

valerio viccei

Pada 12 Ogos 1987, beberapa daripada mereka telah ditahan ketika satu serbuan selepas diawasi untuk beberapa ketika namun tidak dapat menahan ketuanya Valerio kerana beliau telah melarikan diri ke Amerika Latin. Akhirnya beliau ditahan oleh pihak berkuasa apabila kembali ke England untuk menghantar kereta Ferrari Testatossa miliknya. Kemudian beliau telah dihantar pulang ke Itali dan dipenjarakan di sana untuk baki tempoh. Valerio Viccei akhirnya mati ketika hari pembebasannya akibat daripada kejadian tembak menembak antara beliau, rakan jenayahnya dan pihak polis pada 29 April 2000.

3. Rompakan Central Bank of Iraq - Baghdad, Iraq : RM3.86 billion

saddam

Rampasan ini dianggap sebagai satu rompakan, ia juga dikhabarkan adalah "inside job" oleh Saddam Hussien. Juga sehingga kini merupakan rompakan terbesar di dunia, pada jam 4 pagi 18 Mac 2003, iaitu beberapa jam sebelum bumi Iraq dihujani dengan peluru berpandu dan bom daripada tentera Amerika Syarikat, dianggarkan sebanyak hampir RM3.86 billion (1 Billion USD) telah dikeluarkan dari Central Bank Iraq. RM480 juta daripadanya dalam matawang Euro dan selebihnya dalam bentuk wang kertas 100USD. 

Apa yang berbeza untuk kali ini ialah ianya tidak memerlukan senjata api, namun hanya memerlukan sehelai nota yang ditandatangani oleh Saddam Hussein, yang diberikan kepada gabenor bank, oleh anaknya, Qusay Hussein, ketua pasukan keselamatan Iraq. Tindakan pengeluaran wang sebanyak itu dikatakan adalah sangat penting bagi mengelakkan ianya terjatuh ke tangan asing dan pencerobohan Amerika.

central bank of iraq 161

Menurut seorang pegawai bank senior yang mengetahui mengenai insiden ini, tindakan itu langsung tidak masuk akal dengan mengeluarkan wang sebanyak itu dari peti besi dan tiada siapa diberitahu ke mana wang itu akan dibawa. Namun beliau berkata, jika anda dapat perintah daripada Saddam Hussein, tiada siapa akan mempersoalkannya.

Tambahnya lagi, beliau mengetahui mengenai rampasan wang itu daripada pegawai kewangan Iraq, yang mana akhirnya diserahkan kepada anak Saddam Hussein. Tuduhan ini telah dibandingkan dengan mafia, dan dikatakan mempergunakan hubungan kekeluargaan, serta wang tersebut akan digunakan bagi melarikan diri dan kekal berkuasa.

Tuduhan itu memberikan gambaran kepada hari terakhir pemerintahan Encik Hussein - yang, dengan penekanannya pada hubungan keluarga, telah dibandingkan dengan mafia - dan mungkin petunjuk tentang bagaimana dia bertujuan untuk membiayai melarikan diri dan bertahan dari kuasa.

Sumber :

1. Wikipedia

2. IO9

3. Thrillist


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)