Ketika umat Islam di Malaysia sedang meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, sekumpulan perompak memecah masuk ke sebuah bank di ibu negara.

Para perompak tersebut yang mengambil kesempatan daripada cuti perayaan itu memecah masuk ke Public Bank di Sri Kembangan yang menyebabkan kerugian yang sangat dahsyat.

Kes ini adalah sama seperti kes rompakan pada tahun 1995 dengan kerugian RM30 juta.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam kejadian pada 25 Oktober 2006 itu, para perompak tersebut dilaporkan menggerudi peti besi simpanan bank dan berjaya melarikan barang kemas bernilai lebih RM500,000 dan barang berharga lain.

Kejadian ini bermula dengan para perompak berjaya masuk ke tingkat dua bangunan tersebut setelah memecah masuk dari pintu belakang.

rompakan peti besi public bank 2006 3

(Kredit: The Star)

Public Bank cawangan Sri Kembangan terletak di tingkat satu bangunan tersebut. Dikatakan bahawa penggera keselamatan tidak berbunyi ketika mereka memecah masuk.

Tanpa perlu risau tentang pengawal keselamatan, para perompak itu kemudiannya memulakan penggerudian di tingkat dua dalam bangunan lima tingkat tersebut.

Mereka menggerudi lubang sedalam 31 sentimeter untuk sampai ke tingkat bawah di mana peti besi tersebut terletak.

Menggunakan tali, para perompak licik ini turun ke tingkat satu dan membuka 92 daripada 708 peti deposit keselamatan menggunakan objek-objek tajam dan tukul.

Pada jam 5.30 petang hari berkenaan, satu pasukan dari ibu pejabat polis daerah Subang Jaya bergegas ke bank tersebut setelah diberitahu oleh sebuah firma keselamatan bahawa pihaknya menerima amaran di pejabat mereka bahawa penggera bank itu telah berbunyi.

Pasukan itu yang dibantu oleh unit forensik negeri, menjumpai gerudi, sarung tangan dan alat lain yang berselerak di tingkat dua.

rompakan peti besi public bank 2006 192

Menurut Ketua Polis Selangor pada ketika itu, Datuk Ismail Omar, bank tersebut dilengkapi dengan CCTV namun malang sekali ia tidak terdapat di tingkat dua dan kawasan peti besi simpanan.

Mereka juga percaya bahawa para perompak itu adalah dari kawasan kejiranan dan ia dilakukan dengan sangat profesional.

"Mereka (para perompak) seperti berpengalaman melihatkan cara mereka memecah masuk peti besi dan melakukan pencurian tanpa dapat dikesan," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Kamal Rosli Skymmar.

Tingkat atas bangunan tersebut menempatkan pejabat Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon, yang tiba di pejabatnya pada jam 3 petang hari kejadian untuk mengambil beberapa dokumen.

Yap hanya mendapat tahu mengenai kejadian tersebut ketika beliau dan rakan-rakannya berada di kedai kopi berhampiran dan ternampak kereta peronda polis meluru laju ke bangunan tersebut.

Salah seorang daripada pendeposit berkata bahawa tindakan perompak tersebut adalah satu idea yang sangat membebankan orang lain.

rompakan peti besi public bank 2006 gambar hiasan

"Mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka membuatkan orang kebanyakan menderita, bukannya bank tersebut. Ini bukanlah kawasan orang kaya. Sesetengah orang menyimpan lebih dari 30 tahun dan kini hilang segalanya," katanya.

Seorang lagi pendeposit berkata barang kemas yang disimpan merupakan barang warisan.

Seorang pendeposit yang hanya mahu dikenali sebagai Jamie, berkata bahawa dia bersyukur kerana barang-barang berharga seperti sekolah dan sijil peperiksaannya terselamat.

Bagaimanapun, Jamie berkata bank tersebut memberikan reaksi terhadap situasi tersebut dengan kurangnya rasa empati terhadap mangsa.

bertindak balas terhadap keadaan tersebut dengan kurangnya rasa empati terhadap mangsa.

"Setelah bekerja di bank selama 14 tahun, saya berasa marah kerana bank tersebut tidak meminta maaf secara peribadi," kata Jamie.

Sekumpulan 33 individu telah mengemukakan saman terhadap bank berkenaan lebih dari RM5 juta sebagai ganti rugi kerana kehilangan barang berharga dalam rompakan tersebut.

Mereka yang merupakan antara 90 pendeposit yang kehilangan barangan berharga di Public Bank tersebut memfailkan saman kecuaian di mahkamah tinggi setelah rundingan untuk pampasan dengan Public Bank gagal, kata peguam Tan Kim Soon.

Tan Kim Soon memberitahu The Associated Press bahawa bank tersebut telah menawarkan penyelesaian sebanyak RM10,000 bagi setiap peti, namun 33 individu tersebut menyatakan bahawa kerugian yang dialami adalah antara RM11,516 dan RM921,000 bagi setiap satu.

Kumpulan itu yang terdiri daripada individu berusia antara 25 dan 65 tahun itu mendakwa bahawa Public Bank gagal melaksanakan sistem keselamatan yang selamat dan berkesan untuk mengelakkan premis itu dipecah masuk.

Sebilangan pendeposit lain, yang bukan merupakan sebahagian daripada kumpulan ini, dilaporkan telah menerima penyelesaian tersebut.

Tan mengatakan bahawa ini adalah kes mahkamah ketiga terhadap bank dalam beberapa tahun kebelakangan, di mana dua institusi kewangan lain dipercayai bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga oleh pendeposit dalam dua kes sebelumnya.

Rujukan:

1. The Star

2. Security Info Watch

3. Silver Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)