joe flizzow sokong rap aiman tino

Kredit foto: Instagram Aiman Tino & Instagram Joe Flizzow

Ketika Damien VE menganggap nyanyian rap Aiman Tino sebagai penghinaan kepada industri muzik, penyanyi rap terkemuka, Joe Flizzow, 39, pula menyifatkan ia satu percubaan yang baik.

Tidak mempunyai masalah dengan golongan artis yang hendak berkarya dalam genre itu, Joe turut mengalu-alukan pembabitan mereka.

"Satu percubaan yang baik, cara Aiman rap pun agak bagus juga. Sebelum ini saya pernah dengar rap yang lebih teruk dari dia.

"Saya juga mengalu-alukan jika ada artis yang mahu rap atau memasukkan elemen hip-hop dalam lagu mereka. Misalnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun ada lagu yang berunsur rap, tiada masalah pun," katanya yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Joe menjawab isu bekas ahli kumpulan VE, Damian Mikhail yang menyifatkan nyanyian rap Aiman Tino sebagai satu penghinaan kepada industri muzik, menerusi lagu terbaharu kakaknya, Fara Hezel berjudul Terasa Cinta .

Joe membuat kenyataan tersebut di sidang media pelancaran single baharunya, Drop di Hotel St Regis, Kuala Lumpur.

Joe atau nama penuhnya Johan Ishak berkata, single berbahasa Inggeris berjudul Drop itu membawa mesej positif tentang kehidupan.

"Dalam hidup, tidak kira apa jua rintangan yang dihadapi, kita mesti positif dan meraikan sahaja apa yang berlaku," katanya.

Diterbitkan oleh Alif (Sleeq) dan diadun oleh jurutera muzik terkemuka dunia, Chris Athens, Joe merancang untuk membawa lagu berkenaan ke persada antarabangsa.

Dalam majlis sama, beliau melancarkan muzik video rasmi Drop yang mula dikongsi di laman Vevo SonyMusicKartel bermula hari ini (Jumaat).

Muzik video tersebut menjalani penggambaran di Phuket.

Sumber berita: Mstar

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)