Oleh pada 27 Nov 2017 kategori

dihentam damien ve ini pula respon ibu bapa aiman tino 1

Kredit foto: Instagram Fara Hezel & Facebook Damian Mikhail

Penyanyi lagu Terasa Cinta, Fara Hezel, mengakui ibu bapanya yang juga pencipta lagu itu berasa sedih apabila percubaan adiknya, Aiman Tino, menyanyikan bahagian rap karya berkenaan mendapat kecaman daripada anggota kumpulan VE, Damian.

Fara menjelaskan, hentaman penyanyi senior itu memberi impak negatif dan seakan menghina seluruh keluarganya.

"Lagu terbabit dihasilkan oleh mak dan ayah, jadi pastinya mereka turut berasa sedih. Apabila mereka menghina Aiman, samalah seperti mereka menghina keluarga kami. Mak dan ayah sendiri tak menyangka penyampaian rap Aiman akan menjadi isu sebesar ini.

"Aiman sebenarnya sangat sedih dengan situasi ini. Saya sebagai kakak semestinya kasihan melihat beliau (dalam keadaan) sebegitu. Sejak awal kemunculannya, tidak putus-putus (dirinya berdepan) dengan ujian," tulis Fara di laman Instagram.

Terdahulu, Damian yang pernah popular dua dekad lalu, menyifatkan nyanyian rap Aiman Tino sebagai pencemaran dan penghinaan kepada industri muzik hip hop.

Dalam pada itu, pendatang baru yang meledak dengan lagu Setiaku Pasti ini meluahkan rasa kecewa kerana Damien tidak menyampaikan 'teguran' itu melalui saluran yang betul atau secara berhemah.

dihentam damien ve ini pula respon ibu bapa aiman tino 2

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

"Sebagai orang lama dalam industri, beliau seharusnya menegur secara baik dan tidak perlu untuk memuat naik status sebegitu di Facebook atau laman sosial lain sekalipun.

"Mungkin pada awalnya ia hanyalah status biasa, tetapi apabila banyak sangat campur tangan, pelbagai komen yang tak patut turut keluar. Orang lama seperti beliau seharusnya lebih tahu bagaimana untuk menegur penyanyi baharu seperti kami," katanya.

Beliau berkata, kecaman itu tidak akan sekalipun melunturkan semangatnya, malah bertekad untuk memberikan hasil yang lebih baik dalam karya mendatang.

Tambahnya, tidak mustahil juga adiknya itu akan mendapat peluang menuntut ilmu daripada pemuzik berkenaan di masa hadapan.

Sementara itu, Fara turut bersyukur kerana kontroversi itu dalam masa yang sama, memberi laluan untuk video lirik lagu mereka meraih populariti di laman Youtube dengan jumlah tontonan mencecah 1.5 juta.

Dalam perkembangan lain, Aiman bersama kedua ibu bapanya telah berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah, Sabtu lalu sehingga 10 Disember ini.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)