Kredit foto: Instagram Aiman Tino

Kerana tidak dapat menjiwai watak lakonan dalam drama bersiri Mak Cun, penyanyi remaja Aiman Tino ditampar pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud.

Akui terkejut dengan tindakan tidak dijangkakan itu, Aiman, 20, bagaimanapun enggan melatah kerana memahami tujuan adik pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud itu berbuat demikian.

Menurut Aiman, 'kejadian' bermula apabila dia bertanya kepada pengarah, Erma Fatima tentang cara untuk menghayati emosi marah dan sedih dalam waktu sama.

aiman tino ditampar artis senior 2

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

"Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu.

"Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya," dedah Aiman kepada portal BH Online.

Aiman membuat kenyataan sewaktu menghadiri sidang media larian Mask Run yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.

Menyambung cerita, Aiman berkata, dia sudahnya didatangi Fazlina yang bertindak memeluk sambil memohon maaf sekiranya perbuatannya telah menyinggung perasaan beliau.

aiman tino ditampar artis senior 3

Kredit foto: Instagram Aiman Tino

"Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.

"Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak," gurau Aiman.

Bercerita mengenai watak Kumin yang dipegang, Aiman akui tidak menyangka Erma mengambil serius cadangan ibunya, Hazelina Mat Jalil yang secara bergurau meminta supaya dirinya diambil berlakon.

Aiman yang teruja menceburi bidang baharu itu, enggan melepaskan peluang apatah lagi mengenangkan siri popular Mak Cun kini sudah menjangkau musim keempat.

"Memang sudah lama saya teringin berlakon. Ketika Erma sedang mencari pelakon untuk watak Kumin, ibu bergurau menyebut nama saya," katanya.

Di kesempatan sama, penyanyi Ku Sesat Dalam Rindu ini merakamkan penghargaan atas peluang yang diberikan sutradara ternama itu.

"Terima kasih kepada kak Erma atas kepercayaan yang diberi. Ingatkan saya hanya berlakon watak kecil, tetapi apabila membaca skrip, banyak pula babak yang perlu dilakonkan.

"Saya bertuah dikelilingi pelakon yang sedia membantu. Untuk pelakon baharu, sukar juga menghafal skrip. Saya kagum dengan kak Baby yang melakukan persiapan rapi sebelum ke lokasi penggambaran," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)