aiman tino satu pencemaran penghinaan bagi industri muzik hip hop damian ve

Kredit foto: Facebook Damian Mikhail

Komposer dan anggota kumpulan VE, Damian Mikhail mengecam nyanyian rap penyanyi remaja Aiman Tino dalam lagu terbaharunya, Terasa Cinta.

Penyanyi rap yang pernah mencipta nama sekitar 2000 itu menganggap nyanyian Aiman sebagai satu pencemaran dan penghinaan bagi muzik hip hop.

Malah, dalam kenyataan di laman Facebook itu, dia mengatakan jika Aiman menyanyi di hadapannya, dia akan ‘boo’.

aiman tino satu pencemaran penghinaan bagi industri muzik hip hop damian ve 2

Kredit foto: Facebook Damian Mikhail

"Habislah rapper-rapper Malaysia. Malique, Joe dengan Altimet tak boleh cari makan dah macam ini. Semoga rohmu tenang, Hiphop Malaya. Innalillah..

"Tunggu nak dengar Aiman buat lagu Death Metal pula lepas ni.

"Pencemaran dan satu penghinaan bagi Industri Muzik Hiphop. Maaf, kalau buat persembahan depan gua memang gua 'booooo' kuat-kuat. #yo

"Dengan rasminya, saya telah "meWICETkan" Hiphop. Aino Timan #yo," tulis Damian. 

Terasa Cinta merupakan lagu terbaharu Aiman bersama kakaknya, Fara Hezel.

Damian antara anggota kumpulan VE atau nama penuhnya Versus Of Euphonious, sebuah kumpulan padu suara yang pernah aktif suatu ketika dahulu.

Antara lagu popular mereka termasuk Party Like This, Pop Ye Ye, Ikhlas Tapi Jauh dan Ayu. 

Sumber berita: Harian Metro , Berita Memey & Facebook Damian Mikhail

tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)