Oleh pada 19 Mar 2022 kategori

Kredit: Instagram @gambitsaifullah & TikTok @gambitsaifullah 

 

Menerusi TikTok, pelakon Gambit Saifullah memuatnaik video pertama yang menunjukannya sedang berwuduk menggunakan salji yang dipercayai dirakam beberapa tahun lepas di Pakistan.

 

Menjengah di ruangan komen, perbuatan Gambit yang kelihatan mahu mencuci kakinya di hujung video berdurasi seminit itu dikatakan tidak perlu dengan syarat ia dibasuh sebelum memakai kasut.

 

"Cuma sapukan salji di atas kasut yang tidak ditanggalkan. Asalkan wuduk sudah diambil sebelum mengenakan stokin dan kasut.

 

"Jika sejuk, boleh lakukan sekali sahaja kerana dibimbangi memudaratkan," jelas seorang netizen.

  

 

Selain itu, antara isu lain yang menjadi pertikaian ialah pemakaian rantai dan kelalaian pelakon drama bersiri Suamiku Lelaki Pendosa itu semasa melaksanakan langkah wajib berkenaan.

 

"Siku dan bahagian bawah lengan sebelah kiri kelihatan seperti tidak terkena," tegur seorang netizen.

 

"Rantai leher itu seeloknya dibuka dahulu," pesan seorang lagi netizen.

 

Dalam pada itu, terdapat dakwaan salji tersebut perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum disangkal individu lain yang mengatakan ia cair secara automatik apabila terkena pada bahagian badan.

 

"Jika disapu pada kulit, ia akan terus cair disebabkan suhu badan manusia itu sendiri. Sama juga seperti ais batu," beritahu seorang netizen.

 

Komen Pilihan

gambit ss v1

 

"Orang yang beriman tidak menunjuk-nunjuk keimanan mereka. Sifat seseorang itu selalunya akan ditunjukkan oleh orang lain," tulis seorang pengguna TikTok.

 

Sumber: TikTok Gambit Saifullah 




Hakcipta iluminasi.com (2017)