Oleh pada 26 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein & Instagram Azmi Hatta

Siapa sangka kunjungan pengarah Azmi Hatta ke rumah bekas isterinya, Elly Mazlein baru-baru ini, akhirnya bakal membuka ruang untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.

Pertemuan tersebut bagi menziarahi anak mereka, Putri Sara Sefhia.

Penyanyi itu berkongsi rasa kesyukuran menerusi laman Instagram. Perang sebelum ini, bagai ingin segera dipulihkan Elly demi manfaat anak kecil berusia dua tahun itu.

"Alhamdulillah, pertemuan yang indah dua beranak, Sefhia dan daddy Azmi Hatta.

"Tiada yang indah selain kebahagiaan buat si kecil. Moga kita yang serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan untuk nyawa yang kita sayang," tulis Elly dalam entri pada Ahad.

Di kesempatan sama, Elly merakamkan penghargaan buat Azmi termasuk isterinya, pelakon Faye Kusairi.

elly mazlein mahu berbaik selepas azmi hatta lakukan ini padanya 2

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

"Terima kasih daddy (Azmi) dan mommy Faye Kusairi, selamat hari raya," katanya lagi, 

Bagai bayangan menyatakan hasrat berdamai, tanda pagar "bersatu itu lebih indah, ini yang ku mahukan, perbuatan tiada muslihat dan aku ingin bahagia" dicipta Elly di hujung posting. 

Hubungan kedua-duanya direstui netizen yang meminta agar mereka tidak lagi memutuskan silaturahim.

"Alhamdulillah, buang yang keruh ambil yang jernih, semoga hubungan keluarga Elly bersatu demi anak, berbaiklah untuk pembesaran Sefhia," ujar netizen.

Terdahulu, Elly mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudiannya berkahwin dengan Faye pada 9 April 2017 di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga rapat.




Hakcipta iluminasi.com (2017)