bilik tidur

Dalam sesebuah rumah, bilik tidur anda merupakan tempat yang perlu diberi keutamaan agar anda mendapat rehat dan tidur yang cukup pada waktu malam. Bilik tidur anda haruslah menjadi tempat anda berehat dan boleh memberikan ketenangan kepada anda.

Apabila anda mendekorasi bilik tidur, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan agar tidur mengganggu mood tidur anda dan membantu anda tidur lena. Terdapat beberapa tips dekorasi yang boleh anda ikuti seperti berikut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

#1 Membeli Tilam Yang Selesa

Pemilihan tilam yang selesa sangat penting untuk memastikan anda dapat tidur nyenyak. Selain itu, pemilihan katil yang baik juga penting untuk menjaga tulang belakang anda ketika anda tidur. Sekiranya berkemampuan, bolehlah melaburkan sedikit wang untuk membeli tilam yang berselesa dan berkualiti.

Ianya pasti berbaloi memandangkan pembelian katil merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang memandangkan sesebuah tilam boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

tempat kerja selerak

#2 Tidak Meletakkan Meja Kerja di Bilik Tidur

Sekiranya anda bekerja secara online daripada rumah, ada eloknya sekiranya anda mengasingkan bilik kerja dan bilik tidur anda. Meletakkan meja kerja di bilik tidur sangat tidak digalakkan memandangkan ianya boleh mengganggu mood anda untuk tidur. Bila nampak komputer dan meja kerja, secara automatik anda akan terbayangkan kerja-kerja yang perlu disiapkan segera.

bilik tidur wangi

#3 Pastikan Bilik Tidur Berbau Wangi

Bau-bauan yang baik boleh memberikan mood gembira kepada anda. Elakkan letak baju kotor yang berbau di bilik anda. Pastikan juga cadar dan selimut diasuh secara berkala. Anda juga boleh meletakkan perfume untuk mewangikan bilik tidur. Bau haruman yang dipilih seeloknya yang mempunyai bau yang lembut dan menenangkan.

dekorasi bilik lembut

#4 Pastikan Bilik Mempunyai Tona Warna Lembut

Seeloknya jika anda mahu mengecat bilik tidur, pilih warna yang mempunya warna lembut seperti putih, biru cair, pink cair dan sebagainya. Warna-warna ini dapat memberikan mood ketenangan kepada anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)