Oleh pada 13 Dec 2017 kategori

Kredit foto: celebritizer.com & Instagram @aqoimran

Ketika isu Fattah Amin menghilang di pentas program hiburan MeleTop hangat diperkatakan, aktor Fahrin Ahmad pula mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur.

Kata pelakon berusia 38 tahun itu, beliau sudah bersedia di belakang pentas bersama Fattah selepas mendapat arahan ringkas daripada produksi, namun terpinga-pinga apabila aktor itu tidak muncul di pentas.

"Sebelumnya saya dan Fattah muncul pada program HLive! Malah dari siang lagi pihak MeleTop sudah mempromosikan yang kami muncul dalam program ini.

"Seperti yang semua maklum berdasarkan gambar yang dimuat naik, kami sudah bersedia di studio dan lengkap dengan mikrofon. Kami ditugaskan untuk muncul pada segmen pembukaan.

"Namun, apabila saya berada atas pentas, saya perasan Fattah sudah tidak ada. Saya jadi terpinga-pinga ditambah pula keadaan jadi kelam-kabut kerana terdapat perubahan pada saat akhir," katanya memetik portal Harian Metro.

Enggan mencampuri hal peribadi pelakon itu, Fahrin bagaimanapun berkata, dia turut tertanya sama ada wujud masalah komunikasi atau ada pihak yang kurang faham dengan arahan yang disampaikan.

"Saya jenis malas nak ambil tahu atau campur tangan. Apa yang berlaku adalah masalah peribadi mereka dan saya tak perlu tahu pun.

"Selepas selesai segmen My Coffee Prince, saya juga tidak bertanya lanjut kepada Nabil atau Neelofa atas apa yang berlaku," katanya.

Terdahulu, Fattah menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan membatalkan kemunculan di program Meletop pada saat-saat akhir kerana enggan berdepan bekas kekasihnya, Neelofa yang juga hos program itu.

Pihak produksi Meletop, yang pada awalnya mengumumkan kehadiran Fattah dalam rancangan itu, akhirnya membuat permohonan maaf sewaktu program berkenaan bersiaran secara langsung.

"Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin dan isteri datang sini lagi," kata kenyataan yang dikeluarkan menerusi Instagram rasmi rancangan hiburan itu.

Susulan itu, Fattah teruk dihentam netizen di laman sosial kerana dianggap tidak profesional dan takut bertemu Neelofa.

Sumber berita: Harian Metro 




Hakcipta iluminasi.com (2017)