Oleh pada 10 Jul 2017 kategori

jejaka kelantan habiskan rm200 000 buat pembedahan wajah 1

Kredit foto: 2cents.my 

Demi mendapatkan wajah seiras watak Squall Leonhart dalam Final Fantasy, seorang jejaka kelahiran Ketereh, Kelantan sanggup menghabiskan RM200,000.

Amirul Rizwan Musa, 21, atau lebih selesa dipanggil Miyyo Rizone membelanjakan kos tersebut dalam beberapa siri pembedahan, di mana dua daripadanya dilakukan di luar negara sejak tahun 2014.

Bagaimanapun usaha tersebut menerima kecaman hebat daripada orang ramai sehingga dirinya dimaki hamun.

Bukan sahaja melalui telefon, di luar juga ada yang bertemu saya hanya untuk memaki hamun. Bagaimanapun, saya ambil positif. Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu, selepas ditawarkan menjadi model. Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya. Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya.

Sumber: Harian Metro

Merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik, Amirul bertekad untuk menjadi lebih terbuka dalam menerima kritikan masyarakat demi memajukan perniagaannya.

jejaka kelantan habiskan rm200 000 buat pembedahan wajah 2

jejaka kelantan habiskan rm200 000 buat pembedahan wajah 3

jejaka kelantan habiskan rm200 000 buat pembedahan wajah 4

jejaka kelantan habiskan rm200 000 buat pembedahan wajah 5

Kredit foto: brilio.net , focus.cari.com.my , sohu.com , instanonymous.com 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)