Kredit foto: Instagram Elyana

Mulanya bapa Elyana hanya mengalami demam biasa selama 3 hari, namun di luar sangka penyanyi berusia 30 tahun itu yang bapanya dituntut untuk menjalani pembedahan oleh pihak hospital. 

Sebenarnya bapa saya sudah mula demam selama tiga hari lalu dan doktor di klinik meminta kami merujuk bapa saya ke hospital. Saya terkejut apabila pihak hospital memberitahu bapa saya perlu ditahan dan dibedah kerana ada kumpulan nanah di wajah dan lehernya yang perlu dikeluarkan. Namun doktor sedang membuat rawatan susulan dahulu kerana bapa saya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Kami sekeluarga masih menunggu keputusan doktor.

Elyana mengakui berasa sedih dengan nasib malang yang menimpa bapanya serta berharap bapanya dapat sembuh dengan segera. 

bapa elyana

Sedih sangat sebab bapa saya seorang yang kuat dan tidak pernah di masukkan ke hospital. Saya harap bapa saya cepat sembuh kerana terus-terang kami adik-beradik lemah melihat keadannya sebegitu dan jika terjadi apa-apa kepadanya saya akui tidak boleh hidup tanpanya. 

Perkhabaran mengenai gangguan kesihatan bapa Elyana mula tular selepas penyanyi tersebut berkongsi gambar bersama bapanya terlantar di hospital menerusi laman sosial Instagram. Apapun sama-sama kita doakan semoga segala urusan bapanya di hospital akan dipermudahkan dan kesihatan bapa Elyana akan pulih seperti sediakala. 

Sumber berita: Astrogempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)