Oleh pada 02 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram @angelinajolieofficial & Astro Gempak

Seorang wanita menjadi tular di media sosial selepas menjalani 50 pembedahan semata-mata ingin kelihatan seperti idolanya, aktres Angelina Jolie.

Wanita bernama Sahar Tabar dari Iran itu dikatakan sanggup berbuat apa sahaja untuk menyerupai Angelina kerana obses yang melampau.

Di laman pengguna Faceebok bernama Rizal Hakim berkongsi beberapa foto mengejutkan Sahar sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak percaya dengan perubahan wajahnya, malah menggelarkan wanita itu sebagai zombie!

Sahar mendapat kritikan hebat kerana tindakan keterlaluannya.

@Mas Tura: Dia ingat dia cantik? Cantik lagi yang asal. Kenapa dia lakukan perkara seperti ini? Dah nampak macam mayat hidup.

@Wan Saad: Itulah manusia yang tidak reti bersyukur dengan anugerah yang diberikan.

@Terdaus: Agaknya apa yang dia ini fikir? Kalau cantik tak mengapa tapi ini aku lihat lagi teruk sahaja daripada Angelina Jolie.

@Mia Nina: Sayang sangat wajah dia yang sebelum ini dah cantik dah daripada Angelina Jolie. Tapi kenapa kena ubah lagi serupa macam hantu ada lah!

@Zakyrie: Inilah jadinya kalau sana sini nak bedahlah, apalah, dah jadi macam hantu hidup. Tak bersyukur dengan apa yang ada.

Berikut kami kongsikan foto-foto perubahan wajah Sahar yang pasti buat anda terkesima.

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 4

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 2

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 3

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 5

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 6

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 7

50 pembedahan untuk dapatkan wajah angelina jolie ini hasilnya yang mengejutkan 8

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)