Oleh pada 20 Aug 2018 kategori

jangan cakap ardell buat sakit untuk gimik muzik video pula 1

Kredit foto: Instagram Halim Ahmad

Penyanyi Halim Ahmad daripada kumpulan nasyid Devotees, meminta netizen agar tidak membuat tuduhan kononnya penyakit dihidapi aktres Ardell Aryana hanyalah sekadar gimik untuk video muzik lagu terbaharunya, Kekasih.

Halim menjelaskan, Ardell ditawarkan membintangi muzik video itu selepas pengumuman pencarian pelakon yang dibuat di laman Instagramnya pada awal Ogos lalu.

"Doakan Ardell dikurniakan kesihatan dan kesembuhan.

"Tolong jangan cakap dia saja buat sakit untuk gimik muzik video ni.

"Kalau tak nak sokong jangan sampai mengecam ya," tulisnya di laman Instagram.

Terdahulu, muzik video Halim iaitu versi 'remake' solo, lagu Kekasih nyanyian asal Devotees yang pernah menjadi siulan sekitar tahun 2009, memaparkan Ardell sebagai model.

jangan cakap ardell buat sakit untuk gimik muzik video pula 2

Kredit foto: Instagram Halim Ahmad

Sejak dimuat naik tiga hari lalu, ia merekodkan lebih 370,000 tontonan selain mengumpul 25,000 tanda 'suka' daripada pelayar Youtube.

Status kesihatan Ardell sebelum ini yang berkerusi roda mencetuskan tanda tanya peminat di mana mereka juga tidak henti melayangkan kata-kata semangat buatnya.

Sesetengah pihak mendakwa pelakon Cinta Hati Batu itu sedang berjuang melawan penyakit kanser.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)