Oleh pada 29 May 2018 kategori

selepas video screenshot perbualan mesej syafiq kyle pula tersebar 1

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Selepas video lucah yang memaparkan lelaki didakwa pelakon Syafiq Kyle, tular pula beberapa paparan skrin mesej peribadi (direct message) dikatakan dihantar aktor berusia 26 tahun itu kepada seorang individu menerusi laman Instagram.

Antara isi kandungannya berkaitan tentang usaha Syafiq memujuk individu berkenaan untuk menghapuskan video kontroversinya yang telah dimuatnaik sebelum ini.

Malah, Syafiq turut meminta maaf serta merayu agar mesejnya dibalas oleh individu terbabit.

selepas video screenshot perbualan mesej syafiq kyle pula tersebar 2

Kredit foto: Forum Cari

"Aku tahu ini janggal, aku tahu apa aku dah buat. Dengan rasa rendah diri aku merayu kat kau hapuskan semua video-video tu," antara petikan perbualan mesej itu, menurut portal Sinar Harian

Dalam masa sama, sesetengah pihak mendakwa ia adalah mesej palsu yang sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memanjangkan lagi isu berkenaan.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pelakon drama Nur itu mahupun daripada pihak pengurusannya.

Terdahulu, rakaman panggilan video selama tujuh minit dikatakan milik beliau sedang beraksi lucah bersama individu bernama Mira menjadi tular hingga mencetuskan topik hangat di kalangan netizen.


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)