ardell aryana hidap kanser tahap 3 1

Kredit foto: Instagram Nadzmi Adhwa

Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi status aktres Ardell Aryana yang dikatakan sedang berjuang melawan penyakit.

Begitupun, tiada butiran lanjut didedahkan akan jenis penyakit yang dihidapinya.

Nadzmi yang berkawan rapat dengan Ardell selepas sama-sama membintangi drama Namaku Bedah pada tahun 2015, memuat naik video dan kapsyen panjang lebar sebagai tanda sokongan kepada pemilik nama penuh Nurul Hidayah Mohd Amin itu.

Menurut beberapa komen yang dilontarkan peminat dalam kiriman di Instagram berkenaan menyatakan Ardell kini sedang menderita penyakit kanser tahap 3.

Dikhabarkan, peminat sedia maklum akan perkara itu selepas Nadzmi tampil menerusi sebuah video Instagram Live (IG Live) petang semalam.

Menurut Sinar Harian, usaha mendapatkan jawapan Nadzmi menemui jalan buntu apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak berbalas.

ardell aryana hidap kanser tahap 3 2 832

Kredit foto: Instagram Nadzmi Adhwa

"Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.

"Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

"Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.

"Aku sahabat kau, kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau tenang saja okay. buat saja terapi tu. Kau buat saja walaupun aku tahu sakit, kau kena buat. Kau kan kuat, kasar, gangster, jadi jangan jadi cry baby macam aku okay.

"Jangan takut pasal terapi tu badan kau lagi kuat dari besi. Kau boleh punya. Aku nak kau gembira balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan kesihatan @ardellaryana ya. #MakCikBawang," tulis Nadzmi dalam entri terdahulu.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)