Oleh pada 14 Oct 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Shahir Zawawi & Instagram Erra Fazira

    

Penyanyi Shahir Zawawi menjelaskan hubungannya dengan Erra Fazira yang sudah berakhir, tidak menjadi alasan untuk tidak lagi bekerjasama dengan primadona alaf baru itu.

Begitupun, beliau yang dicungkil bakatnya daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, mengakui agak berbelah bahagi pada awalnya untuk menjayakan video muzik Menangkah Cinta.

“Tidak salah saya memberikan sokongan kerana kami berada dalam bidang yang sama. Takkan berlakon bersama pun jadi isu?

“Erra menghubungi saya pada 4 September lalu dan menyuarakan hasrat mengundang saya tampil saya dalam video muzik terbarunya. Saya tidak terus memberikan kata persetujuan kerana hati masih berbelah bahagi," katanya kepada portal BH Online.

Menurutnya, perubahan fizikal tubuh menjadi antara penyebab dia tidak yakin untuk kembali mendepani kamera.

   

menangkah cinta erra fazira 882

Kredit foto: Youtube Erra Fazira VEVO

   

“Saya belum bersedia, malah tidak selesa beraksi depan kamera kerana pertambahan berat badan. Bimbang juga jika kemunculan saya itu hanya merosakkan video muzik terbabit.

“Berulang kali perkara itu ditanyakan kepada Erra, tetapi dia terus meyakinkan saya hingga akhirnya saya bersetuju membuat kemunculan,” katanya yang menafikan kononnya bimbang kisah cinta lalu mereka kembali diperkatakan.

Biarpun begitu, Shahir yang pernah meledak dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini hanya mempunyai masa seminggu untuk mengurangkan sedikit berat badannya sebelum pembikinan video muzik single terbaharu Erra arahan Hafiz Hamidun itu.

“Sepanjang seminggu itu, saya banyak bersenam, selain menjaga diet supaya tampil selesa pada hari penggambaran,” katanya.

Terdahulu iaitu pada 12 Julai lalu, Erra mendedahkan percintaannya dengan Shahir sudah menemui titik penghujung.

       

Kredit foto: Erra Fazira - Menangkah Cinta (Official Music Video)

    

Sumber berita: 'Takkan Berlakon Bersama Pun Jadi Isu?'

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)