Lebih seratus tahun selepas pelayaran bersejarah Christopher Columbus pada tahun 1492, kira-kira 100 orang Inggeris telah meninggalkan England pada penghujung Disember tahun 1606 untuk memulakan pelayaran bersama 3 buah kapal.

Pada penghujung April tahun berikutnya, mereka tiba akhirnya tiba di Teluk Chesapeake (Chesapeake Bay). Kira-kira sebulan kemudian, pada 14 Mei 1607, mereka membina penempatan pertama orang Inggeris di tanah yang dikenali sebagai Amerika Syarikat pada masa kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penempatan ini dibina di kawasan semenanjung Sungai James yang dikawasan yang kini dikenali sebagai Williamsburg, Virginia. Penempatan mereka ini diberi nama Jamestown, sempena nama Raja mereka King James I yang telah memberi bantuan dalam misi penjelajahan.

Benar, misi penjelahan ini adalah usaha mereka mencari sumber emas dan perak di seluruh dunia. Selain itu, misi ini juga bertujuan untuk mencari laluan ke Lautan Pasifik bagi membolehkan mereka memperluaskan perdagangan dengan negara-negara Asia Timur.

Serangan daripada musuh

jamestown virginia 356

Tidak lama selepas mereka membina penempatan, mereka turut membina kubu-kubu pertahanan bagi mempertahankan kawasan tersebut daripada pihak "musuh", terutamanya orang asli penduduk asal disitu. Selain itu, mereka turut risau akan kemungkinan serangan daripada orang Sepanyal yang sudah membina penempatan di Florida.

Beberapa tahun pertama ternyata merupakan tempoh yang sangat sukar bagi kumpulan penjelajah ini. Selain serangan daripada pihak musuh, mereka juga menghadapi masalah kekurangan makanan dan pelbagai kelengkapan lain daripada England.

Selain itu, sejenis wabak penyakit yang menyerang kawasan ini telah menyebabkan 90% orang pendatang ini terbunuh. Walau bagaimanapun, penghantaran pelbagai barangan dan juga pendatang-pendatang baru dari England ke kawasan ini menyaksikan kawasan penempatan ini terus bertahan.

Setelah beberapa dekad lamanya, kumpulan penjelajah ini semakin bertambah dan komuniti mereka juga semakin membesar. Malah, kawasan ini juga telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran penjelajah Inggeris. Sewaktu zaman puncaknya, kawasan penempatan ini mempunyai sekitar 500 orang penduduk.

Konflik dengan penduduk asli tempatan

bacon s rebellion 204

Pada tahun 1600-an, telah berlaku banyak perselisihan antara kumpulan penjelajah ini dengan komuniti orang asli tempatan. Percanggahan hebat antara dua kumpulan ini juga membawa kepada peristiwa Pemberontakan Bacon's pada tahun 1676 yang menyaksikan sebahagian besar pekan Jamestown ini telah  dibakar.

Beberapa peristiwa kebakaran ini menyebabkan kawasan penempatan ini mula dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi. Kawasan penempatan baru ini kemudiannya diberikan nama Williamsburg. Lama-kelamaan, penduduk di Jamestown mula menurun secara mendadak memandangkan penduduk memilih untuk berpindah keluar daripada situ.

Pembangunan semula Jamestown sebagai kawasan sejarah

penempatan jamestwon

Pada lewat abad ke 19, bandar Jamestown kembali menjadi tumpuan sebagai kawasan bersejarah. Pemilik kawasan ini telah bermurah hati untuk mendermakan kawasan seluas 22.5 hektar ini termasuklah menara gereja disini yang dibina pada abad ke 17.

Kini, Jamestown diiktiraf sebagai Tapak Bersejarah Negara. Pengunjung yang datang ke sini dapat melihat secara dekat binaan asal James Fort yang dibina pada tahun 1607, menara gereja binaan abad ke 17, muzium dan pelbagai tinggalan sejarah lain di kawasan ini.

Kredit:

  1. National Park Service
  2. Wikipedia
  3. Britannica Encyclopaedia
  4. History.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)