Pernah tak anda memuat naik gambar anda melakukan simbol "peace" di laman media sosial? Bagi kaum lelaki mungkin tidak sekerap kaum wanita, dan ini sebenarnya sangat berbahaya.

Kebanyakan orang tahu bahawa mereka tidak seharusnya memuat naik maklumat peribadi dan sensitif ke media sosial seperti alamat rumah atau tiket pesawat. 

Namun, berkongsikan gambar adalah sesuatu yang ramai daripada kita melakukannya dengan rasa selesa dan selamat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan bagi sesetengah gambar seperti yang disebutkan di atas, ia boleh mengundang masalah serius di mana para penyelidik mendedahkan bahawa ia boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat sensitif.

Mengambil gambar dalam posisi tangan melakukan simbol "peace" boleh menimbulkan ancaman keselamatan, di mana penggodam dapat menghasilkan semula cetakan-cetakan yang merupakan kunci kepada telefon, komputer dan tablet.

Para penyelidik di Institut Teknologi Informatik Nasional (NII) Jepun mendapati bahawa cap jari boleh dihasilkan dengan mudah dari gambar yang diambil sehingga jarak tiga meter jauhnya tanpa memerlukan teknologi canggih.

ambil gambar selfie dengan simbol peace berikan akses cap ibu jari kepada penggodam 2

Mereka memberitahu bahawa selagi gambar itu jelas dan terang, cetakan boleh ditiru.

"Dengan membuat simbol "peace"secara kasual ketika mengambil gambar, cap jari anda boleh dilihat dengan sangat jelas," kata Professor Isao Echizen, penyelidik keselamatan dan media digital di NII.

Ini bukan kali pertama keselamatan biometrik menjadi topik pertikaian, di mana pada 2015, penggodam Jan "Starbug" Krissler telah menghasilkan semula anak mata Angela Merkel dari foto dan berjaya menggunakannya.

Tidak seperti kata laluan, biometrik tidak dapat diubah dengan mudah dan ini menyebabkan kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi seseorang.

"Kita meninggalkan data biometrik fizikal di mana saja kita pergi, meninggalkan cap jari pada semua objek yang kita sentuh, menyiarkan selfie di media sosial dan video dengan rakan dan keluarga. Banyak maklumat ini kemudiannya boleh digunakan oleh penipu," kata Robert Capps, dari syarikat biometrik NuData Security.

Sebaik sahaja data biometrik dicuri dan dijual ke Web Gelap, risiko akses yang bahaya ke atas akaun pengguna dan identiti akan berterusan untuk seumur hidup seseorang.

profesor isao echizen

(Profesor Isao Echizen)

Pasukan Profesor Isao Echizen telah mencipta filem lut sinar yang boleh digunakan untuk melindungi cap jari daripada penggodam.

Diperbuat daripada titanium oksida, filem itu menghalang cap jari daripada disalin tanpa menghalang anda menggunakannya untuk membuka "kunci" pada peranti seperti telefon pintar.

"Filem lutsinar dengan corak putih yang kami usahakan dapat mencegah kecurian identiti melalui cap jari palsu dari subjek fotografi, tetapi tidak mengganggu pengesahan identiti dengan peranti pengesahan cap jari," kata Profesor Isao Echizen.

Tetapi teknologi pelindung cap jari ini tidak dapat disiapkan dalam masa terdekat dan mengambil masa 2 tahun untuk digunakan. Ia juga tidak dilihatkan akan menjadi cara perlindungan yang digunakan secara meluas. 

Satu lagi jalan penyelesaian kepada isu ini adalah supaya syarikat menjadikan ujian biometrik mereka lebih selamat.

Syarikat Goodix yang berpangkalan di China kini sedang membangunkan pengimbas cap jari "live" yang menggunakan cetakan dan analisis inframerah tisu asas dan nadi.

Dengan "menyelam" ke bahagian tisu yang lebih dalam, ia boleh menjadi satu cara bagi mencegah peniruan cap jari.

Pegawai kerajaan Jepun melancarkan sistem baru pada tahun lepas yang membolehkan para pelawat membayar di kedai-kedai dengan sentuhan hujung jari, selepas mendaftarkan butiran kad kredit dan cap jari mereka.

Dengan ini, aktiviti mencuri cap jari menggunakan gambar-gambar dengan simbol "peace" akan menjadi lebih aktif dan mencetuskan bahawa yang berterusan seumur hidup.

Rujukan:

1. Telegraph

2. Nature World

3. Alphr




Hakcipta iluminasi.com (2017)