Kredit foto: Instagram Amalina Bakri & viralgempakterkini.blogspot.my

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2004, Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina, menjadi mangsa buli siber di akaun Twitternya.

Pengguna Twitter berkenaan yang dipercayai seorang lelaki, menegur imej digayakan Amalina kerana dikatakan berbeza berbanding sewaktu menetap di Malaysia dahulu.

"Rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ini," tweet lelaki tersebut.

Lantas, Amalina atau Dr. Amalina Bakri, yang kini bertugas sebagai pakar bedah di sebuah hospital terkemuka di London, membalas kiriman itu dengan sindirian 'pedas'!

"Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.

"Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?" jawab Amalina bersahaja.

jadi mangsa buli netizen akhirnya amalina che bakri bersuara 2

Kredit foto: Twitter Amalina Bakri

Gara-gara takut, lelaki tersebut bertindak menyahaktifkan akaunnya.

Dalam pada itu, netizen bersetuju dengan jawapan yang dilontarkan Amalina dan menganggap lelaki biadab berkenaan menegur tidak kena pada tempatnya.

Kata mereka, tidak salah membuat teguran, tetapi biarlah kena pada caranya, apatah lagi wanita yang ditegur itu bukan sebarangan.

"Menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza," tegas pemilik akaun @dhiya_ma.

Sumber berita: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)