Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

Sumber foto: viralgempakterkini.blogspot.com

Masih ingat dengan Nur Amalina Che Bakri, pelajar pintar yang mendapat keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM 2004 yang kini merupakan Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM.

Antara pencapaian beliau yang sememangnya cukup membanggakan rakyat Malaysia ialah ijazah berkembar iaitu Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan) serta Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik.

Nur Amalina sekarang difahamkan sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih dan bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London.

Beliau yang bercita-cita untuk menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lama lagi bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA.

Bagi yang baru hendak memohon pekerjaan, anda boleh melihat contoh resume Nur Amalina di profil Linkedin rasminya di sini.

Kredit foto: Instagram.com/dramalinabakri   

Sumber berita: beritasemasa.com.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)