Kredit foto: Instagram Amalina Bakri
Doktor Amalina Bakri berkongsi pengalamannya melatih kekasih mengamalkan ibadah puasa.
Amalina secara terbuka mengakui jejaka tinggi lampai itu hanya mampu bertahan lima jam sahaja sebelum akhirnya mengalah untuk berbuka.
Kredit foto: Instagram Amalina Bakri
"Dia try puasa, lima jam saja tahan. Kasihan dia," dedah Amalina dalam kiriman Instagram.
Difahamkan, pasangan ini sedang menikmati percutian di Sepanyol.
Mereka yang beragama Islam di Sepanyol perlu berpuasa dalam tempoh waktu yang lebih lama iaitu 16 ke 17 jam sehari kerana waktu siangnya yang panjang.
Sementara itu, netizen memuji usaha Amalina dalam memupuk semangat berpuasa pada teman lelakinya itu.
Kredit foto: Instagram Amalina Bakri
"5 jam? Dah kira bagus tu... Yang penting usaha dia kan. Esok mungkin 7 jam.
"Wah! Tak apa. Mula-mula memang puasa separuh hari. Perlahan-lahan.
"Baguslah lima jam, saya hanya dua jam! Tapi kekasih saya tetap comel dalam percubaannya untuk berpuasa.
"Upah duit raya doktor. Cakap dia puasa penuh dapat seringgit sehari," komen beberapa netizen.
Terdahulu iaitu pada awal bulan ini, pelajar pintar yang sedang menjalani latihan surgical di The Royal College of Surgeons itu mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum selepas kerapkali ditanyakan pengikutnya.
Rentetan pengakuan itu, netizen mendoakan kebahagiaan mereka walaupun dalam masa sama, Amalina tidak memperincikan identiti jejaka berkenaan.
Mengulas tentang perayaan tahun ini, sebagai menjawab soalan salah seorang pengikutnya, Amalina bakal meraikan Aidilfitri di Paris, Perancis bersama ibu beliau.