Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Kehangatan kisah kontroversi rumah tangga penyanyi Aliff Aziz membuka ruang kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan akaun laman sosial palsu menggunakan nama selebriti yang terlibat dalam isu ini.

Sebelum ini kita digemparkan dengan kisah laman Twitter Aliff Aziz digodam, dan yang terkini ada pula pihak tertentu telah mencipta akaun Facebook palsu dengan menggunakan nama aktres Afifah Nasir.

Lebih mengejutkan, akaun Facebook tersebut kelihatan seperti benar hingga memanggil berpuluh-puluh ribu netizen menekan "like" walaupun baru sahaja ditubuhkan dalam beberapa hari lalu.

Dikemaskini setiap hari dengan status yang seolah-olah menggambarkan kehidupan seharian Afifah, ruang itu juga digunakan netizen sebagai tempat meluah geram kepada aktres itu susulan isu yang melandanya.

Bagaimanapun portal Mstar Online melaporkan mereka telah mendapatkan pengesahan Afifah tentang kesahihan akaun laman sosial itu dan Afifah memaklumkan dia tidak memiliki sebarang akaun Facebook.

Ini secara jelas membuktikan akaun tersebut adalah palsu dan nyata ramai pihak tertipu dengan segala kiriman yang dimuat naik di sana. 

itu semua hanyalah palsu afifah nasir tampil buat pengakuan dan mengesahkan 2

Sebarkan agar lebih ramai yang tahu. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)