Kredit: Instagram @bondarozitaibrahim
Usahawan dan penyanyi kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dihujani komen negatif berhubung sedutan klip video muzik 'single' terbarunya berjudul Baby Sayang.
Aksi gelek penyanyi dangdut, Baby Shima selaku penyanyi undangan lagu tersebut menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang merasakan ianya kurang sopan dan mengghairahkan.
Enggan 'bersubahat' dengan sifat keras kepala anaknya itu, Bonda Rozita Ibrahim mengarahkan Datuk Seri Aliff Syukri supaya membuang segala video di media sosial miliknya yang melanggar hukum agama.
"Iman yang rapuh. Minta kawan-kawan Kri padam semua video-video tersebut sekarang. Termasuklah video-video di YouTube sebelum ini juga. Mak teramat malu.
"Kasih ibu membawa ke syurga. Semua peringatan sudah diberi dan semua ilmu sudah disampaikan. Pukul sudah, dimarah sudah dan dinasihati juga sudah. Dari kecil sehingga besar.
"Ulama juga sudah ramai memberi teguran. Jangan angkuh. Bala dan murka Allah jangan dijemput," rayunya.
Mahu pemilik nama penuh Aliff Syukri Kamarzaman itu belajar dari kesilapan lalu, Bonda Rozita juga menyentuh soal batas kesabaran isterinya, Datin Nur Shahida terhadap sikap beliau yang sering terpalit dengan isu panas.
"Jika Kri sayang pada mak, buktikan. Selepas ini, jangan ulang lagi Kri. Demi agama dan kehidupan serta kesihatan mental mahupun fizikal isteri dan anak-anak Kri.
"Ingat Kri, Ida sudah cukup bersabar dengan Kri. Dia peninggalan Mak yang terbaik. Wanita kiriman Allah yang terindah. Jaga adab, akhlak serta maruah isteri dan anak-anak," ungkapnya.
Komen Pilihan
"Semakin besar ujian, semakin besar rahmat dari Allah bilamana kita sabar dan bergantung harap hanya padaNya," tulis seorang netizen
Sumber: Instagram Bonda Rozita Ibrahim