Oleh pada 25 May 2017 kategori

Kredit foto: deccanchronicle.com 

Menerusi laporan Mirror, aktor Bollywood, Hrithik Roshan dikatakan telah menghadiahkan bekas isteri, Sussanne Khan dan anak-anaknya sebuah rumah mewah.

Ini berikutan aktor tersebut mahu melihat anak-anaknya membesar di dalam sebuah kediaman yang selesa.

"Hrithik telah memberi hadiah sebuah rumah untuk bekas isterinya kerana ingin memastikan Sussanne dan anak-anaknya tinggal berdekatan. Rumah tersebut dikatakan tidak jauh daripada tempat tinggal Hrithik dan ia juga bagi memudahkan mereka untuk keluar bersama. Sussanne dan juga anak-anaknya akan berpindah ke rumah baru tersebut dalam masa terdekat ini," jelas sumber.

Difahamkan hubungan Hrithik dan bekas isteri sehingga kini masih berada dalam keadaan baik meskipun telah berpisah.

Perkahwinan Hrithik dan Susanne berlangsung pada Oktober 2000, namun akhirnya berpisah pada November 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Hrehaan Roshan dan Hridhaan Roshan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)