isteri azwan kombos ezzaty abdullah sah hamil 9 minggu

Kredit foto: Instagram @azwankombos & thehive.asia

Pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos bakal menimang cahaya mata mereka tidak lama lagi selepas Ezzaty disahkan sedang mengandung sembilan minggu.

Pada mulanya saya rasa pelik mengapa sudah 45 hari tidak datang haid. Saya tidak mahu berharap yang saya hamil kerana sebelum ini saya pernah kecewa. Saya beritahu Azwan tentang itu dan dia minta saya buat pemeriksaan terlebih dahulu. Alhamdulillah keputusan positif saya yang saya hamil.


Sekarang ini saya masih belum muntah-muntah teruk hanya beberapa hari sekali sahaja. Saya lihat Azwan pula yang sering sakit kepala dan tidak sihat, mungkin dia yang terkena alahan itu.

Pada masa ini, Ezzaty masih lagi berada di set penggambaran bagi drama serta filem sebelum bercuti panjang selepas Hari Raya Aidilfitri.

Untuk info, Ezzaty dijangka akan melahirkan anak sulungnya itu pada bulan Disember akan datang. Sama-sama kita mendoakan kesihatan Ezzaty dan kandungannya itu selamat.

Sumber: mStar Onlinebeautifulnara.com


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)