fizo omar dedah punca isteri lambat hamil

Kredit foto: Astro Awani 

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kehamilan isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Berita tersebut pastinya menjadi hadiah paling bermakna dalam perkahwinan Fizo dan Mawar memandangkan anak yang dikandung adalah anak sulung.

Terkini, Fizo telah tampil dalam sebuah kenyataan mendedahkan masalah yang dianggapnya sebagai punca Mawar tidak mampu hamil selama ini. Menurut Fizo, isu tersebut berkait rapat dengan situasi isterinya yang pernah mempunyai ketumbuhan sebelum ini. Bagaimanapun pada awal tahun lalu Mawar telahpun menjalani pembedahan bersama Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat.

Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja. Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi, selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini.

Sumber: Mstar

Fizo juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan kata-kata semangat kepada pasangan suami isteri yang masih tidak dikurniakan anak. Menurut Fizo, segalanya adalah soal rezeki dan dia berharap mereka dapat melihat situasi tersebut sebagai hikmah yang terselindung.

Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak sedar.

Sumber: Mstar 


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)